Aku tak setuju la dengan Abang Man tu. Ni dah dekat 4 bulan
kita tunggu. Nak tunggu sampai bila lagi ni? Aku rasa kita kena buat perubahan
drastic la. Tak payah tunggu-tunggu lagi.
Woi, dah la tu. Ko tak payah nak membebel pulak kat sini.
Dari tadi lagi ko dok bising tak berenti.
Memang la, takkan ko nak aku ikut cakap Abang Man yang tak
releven tu
Ko je yang rasa macam tu, aku rasa Abang Man tu ada point
jugak. Lagi pun ko kena respect jugak pendapat Abang Man tu, dia tu senior
kita. Mesti dia tahu lebih berbanding kita.
Man, ko perasan tak muka Zaid masa dalam meeting tadi?
Mesti la perasan, muka tak leh blah bila aku cakap idea tu
baik Cuma belum sesuai lagi buat masa ni. Dah memang belum sesuai lagi, takkan
aku nak cakap setuju dengan idea dia tu kot.
Tapi aku rasa mesti dia tengah hangin dengan ko.
Takpe la, nanti aku gi cakap dengan Zaid tu.
Salam, Zaid free tak lepas Zohor nanti, abg nak belanja
makan kat café - Abg Man(ikhwah)
Alhamdulilah, rezeki Allah bagi hari ni. Thanks a lot. Saya
free je kalau ada orang nak belanja hehe - Zaid
OK kita solat kat masjid sama2 lepas tu kita gi kafe ye - Abg Man(ikhwah)
Setuju sangat, see you there. - Zaid
Wahh, bertuahnya saya hari ni, tak sia-sia saya solat duha
lepas habis tutorial tadi. Terus dapat lunch free hari ni. Terima kasih banyak
ye bang.
Owh, ok je…makan la, dari tadi lagi dok cakap terima kasih.
Nanti lain kali tak nak belanja dah la kalo gini.
Eh eh ok saya tak cakap dah. Saya makan je ni hehe lain kali
jangan la segan-segan nak belanja tau. Saya ok je, siap tak cakap terima kasih
pun boleh hehe.
Bukan la tak leh cakap terima kasih, tapi jangan la nak
berterima kasih sampai over the top. Dah dah makan je
Hmm…biar saya teka, Abg Man belanja saya ni mesti sebab nak
cakap pasal meeting hari tu kan?
Eh, macam mana Zaid tau ni? Ada ilmu baca minda ke?
Tak de la sampai ke situ, tapi mungkin ilmu student
psikologi kot.
Bagus gak ye ilmu psikologi ni, boleh gak la tau kenapa
dapat makan free. Gini la abang direct je tau, pasal cadangan Zaid nak ramaikan
orang datang rehlah masa cuti sem tu. Bukan tak leh kita wajibkan tiap-tiap
fakulti hantar 5 orang wakil. Kalau buat macam tu memang la free-free je kita
boleh dapat 65 peserta paling sikit. Tapi Zaid kene ingat kita bukat setakat
cari peserta untuk meramaikan rehlah tu. Kita sebenarnya nak cari orang muda
yang memang betul-betul berminat dengan program dakwah yang kita buat ni.
Tapi kalau kita tak buat macam tu, sampai bila-bila pun
orang tak tau yang kita ni tengah berdakwah Abang Man. Sebab tu la kalau kita
tengok balik prestasi orang yang turn-out datang program yang kita buat selama
ni tak ramai pun. Tak pernah lebih dari 30 orang. Seingat saya la, yang paling
ramai orang datang program kita masa kita buat picnic masa awal sem. Ada la 26
orang yang datang. Program lain…entah.
Zaid ingat taka pa Abang Man cakap awal-awal tadi? Kita
bukan sekadar nak meramaikan kuantiti, kita cari orang yang berkualiti, yang
memang eager dengan Islamic program macam ni. Jadi sebenarnya kita la yang
bertanggungjawab memastikan lagi ramai orang yang tahu tentang program ni.
Saya faham, saya dapat point yang abang cakap tu. Cuma saya
rasa kalau kita dok buat cara lama untuk ajak orang, kehadiran memang tak akan
ramai. In the end of the day, tak ramai yang tersentuh dengan tarbiyah islamiah
ni.
Abang Man nak tanya sikit, masa program qiamulail bulan
lepas berapa ramai anak halaqoh Zaid manage to come to our program?
Owh, qiam yang ada pengisian pasal amalan bulan Rejab tu eh?
Dua je yang datang bang.
Zaid tak rasa heran ke?
Apesal pulak bang?
Ye la, yang ikut halaqoh Zaid kan ada 6 orang sume. Tapi 2
orang je yang datang program. Secara statistiknya halaqoh Zaid adalah 33%
multijah. Tak sampai separuh pun yang datang qiam tu. Macam ni la Zaid, abang
nak pesan dalam dakwah ni hamasah memang penting. Orang muda macam Zaid ni
memang sangat bersemangat. Tapi kita jangan lupa untuk take a few minutes to
think back what we’ve done. Is it really helpful for sustaining the dakwah or
we are the one who destroy it. I got to go, I have appointment with Prof Nazrul
regarding my PhD thesis. Doakan abang ye.
Sure, all the best Abang Man. And thanks for your advices.
Ulasan