Abu Dzar Mendapat Hidayah


“Bolehkah kau memberitahu aku, apakah keperluanmu di Mekah?”, Ali bertanya kepada Abu Dzar.
Seorang asing yang dilihat seharian di sekitar ka’bah. Ali telah mengajak Abu Dzar bermalam dirumahnya namun mereka lansung tidak berbual-bual berkaitan dengan tujuan Abu Dzar bermusafir ke Mekah.

“Aku hanya akan memberitahu tujuan aku datang  ke sini selepas kau berjanji untuk membantuku” Ujar Abu Dzar kepada Ali.

Setelah persetujuan dibuat, Abu Dzar menceritakan tujuan asal kedatangannya ke Mekah dan Ali membawa orang asing tersebut bertemu dengan Rasulullah.

Setelah bertemu dengan Rasulullah, baginda membacakan sepotong ayat Al-Quran kepada Abu Dzar. Abu Dzar lantas menyatakan syahadahnya dan bertanya kepada Rasulullah, adakah apa-apa perkara yang ingin disampaikan kepadanya. “Kembalilah kepada kaummu”, jawab Rasulullah ringkas.

*****

Kisah Abu Dzar memeluk Islam sebenarnya sangat menarik. Abu Dzar seorang pemuda cerdas yang menolak mempercayai dan menyembah berhala. Berpakat bersama saudaranya Unais untuk mendapatkan berita seorang Rasul yang menyebarkan agama tauhid.

Atas kehandak Allah, Abu Dzar mendapat hidayah melalui Ali. Ali membawa Abu Dzar bertemu Nabi Muhammad SAW.

*****

Diharapkan post yang ringkas ini dapat menyegarkan kembali minda kita dengan kisah hidup Sahabat Rasulullah.

Bersama-sama post kali ini juga Abu Dzar ingin membuat satu pengunguman.

Alhamdulilah, Abu Dzar juga telah mendapat Hidayah.

Hidayah yang dimaksudkan adalah Noor Hidayah Bt Azhari. Hari ini, (9 Januari 2013) telah genap sebulan kami bergelar suami isteri. Majlis akad nikah telah berlansung pada 9 Disember 2012.

Abu Dzar mohon  doa pembaca sekalian agar rumah tangga yang dibina ini adakan sentiasa berada dalam redha Allah.


Ulasan

idris bin hasyin berkata…
alhmdulillah... barakallahulakuma wa barakah alaikuma...

jutaan kmaafan sbab x dtg mjlisnya..

huhu... akhi walid~
moga dari pernikahan ini makin teguh derap langkah dakwahnya...
Walid Hafizul berkata…
Thanks for the wish akhi...

Love you so much

It's ok for not coming during that day.
Ana faham jgk sbb hari tu anta busy ada syuro.

Btw sejak bila nta guma term walid tu...hmm...wondering jgk la
A.K.U dan K.A.M.I berkata…
Cantik gambar kahwin :)
haha
Walid Hafizul berkata…
gambar kahwin nta lagi nnt lagi cantik akh...huhu

ana dah dapat rasakan ni
Tanpa Nama berkata…
salam. oh abu dzar ni antum ke hanis. ingat siapa.... barakallahulakuma. moga makin laju dakwahnya.