Pernah suatu ketika Rasulullah saw bersabda, "Jika kamu melihat Allah memberi kepada seorang hamba habuan dunia atas maksiat yang dilakukannya dari apa yang disukainya, maka sesungguhnya itulah istidraj".
Lalu Rasulullah saw membaca (surah al-An'aam ayat 44): Maksudnya: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)."(Hadis riwayat Ahmad)
Ayat tersebut adalah maksud kepada perkataan istidraj yang Rasulullah sebutkan...istidraj.
Kesenangan & Kemewahan Yang Menipu
Dewasa kini, kita banyak mendengar berita kejayaan dan kecemerlangan yang Allah berikan kepada penganut agama Islam di Malaysia. Kejayaan pelayar solo Azhar Mansor mengelilingi dunia, kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjalankan kajian di ISS, Kejayaan Pasukan Harimau Malaya berjaya meraih pingat emas dalam sukan SEA kali ke-26 dan paling hangat ketika ini, kejayaan pelajar cemerlang SPM tahun 2005 yang kini sedang melanjutkan pengajian di University of Nottingham.
Tidak kira apa juga kejayaan yang kita kecapi, perkara yang paling penting adalah kita lalai dengan semua rahmat yang Allah beri tersebut. Disamping itu, jangan sesekali kita berkhianat dengan merasa sombong atas kejayaan tersebut.
Apalah makna semua kejayaan tersebut ini jika tidak disertai dengan rasa syukur kepada Allah yang tidak pernah putus. Sebagai hamba yang daif, kita sangat perlu untuk merasa seba kekurangan di atas segala nikmat yang Allah berikan. Tidak mungkin kita peroleh semua yang kita ada pada ketika ini melainkan dengan izin Allah.
Lipatan sejarah peradaban manusia menceritakan bahawa ada segolongan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Kurniaan yang Allah berikan berupa kepakaran mengukir batu-batu (rujuk surah Fatir, ayat ke-9) kepada Kaum Tsamud lansung tidak menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah. Malah lebih jauh meninggalkan Allah. Namun Allah tetap sahaja terus memberikan nikmat tersebut hinggalah mereka ini akhirnya Allah mengazab mereka dengan panahan petir.
Istidraj
Menurut Professor Dr.Qahtan Ad-Duri, Al-Istidraj adalah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang fasik atau kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Ayat ke-182 dari surah al-A’raf ada menyebutkan bahawa
“Dan Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan Kami biarkan mereka beransur-ansur (kearah kebinasaan), dengan cara yang mereka tidak ketahui.
Perkataan “sanastadrijuhum” merujuk kepada Kami biarkan mereka.
Justru itu, tidakkah boleh kita faham bahawa kita sangat perlu untuk memohon agar Allah sentiasa mengawasi setiap tindak tanduk kita agar sentiasa mematuhi syariat yang Allah tetapkan. Tidak ada yang lebih penting dalam hidup ini melainkan perhatian dari Allah. Jika Allah sudah memperhatikan setiap tingkah laku kita sehari harian, maka kita akan sentiasa membuat perkara yang mendapat redha Allah sahaja. Tidak lebih dari itu.
Perhatian Allah
Sebagai penutup, Abu Dzar ingin membawa pembaca mencari jalan untuk mendapatkan perhatian Allah. Untuk tujuan tersebut, mari kita perhatikan qoute ini;
I'm happy,you know why?coz I'm lucky,you know why?coz God loves me,you know how?He sent me a nice friend to me,you know who?it's YOU
cuplikan dari http://himpunansms.blogspot.com/
Secara mudahnya, cara untuk mendapatkan perhatian Allah adalah kita cuba untuk berkawan dengan orang-orang yang soleh. Kerana mereka inilah yang akan mengingatkan kita tatkala kita terlupa dan menegur kita tatkala kita tersilap. Mara berkawanlah dengan orang-orang yang soleh
Ulasan