Nakbah Palestin & Boikot Barangan Israel

15 Mei 1948, lakaran catatan sejarah dunia Islam terpalit dengan satu tinta hitam yang amat mengecewakan umat. Dek kelemahan umat Islam dalam percaturan politik ketika itu, Negara Palestin akhirnya menjadi mangsa kepada keserakahan kaum Yahudi laknatullah yang ingin mendirikan sebuah negara Yahudi di atas tanah Palestin yang merdeka.

Peristiwa yang menyedihkan ini adalah proses pembersihan etnik di Palestin. Berikutan peristiwa ini, seramai 70 000 rakyat Palestin berpindah keluar dari perkampungan tanah tumpah mereka sendiri. Mereka ini kemudian menjadi pelarian di atas tanah sendiri. Abu Dzar menyelitkan sedikit dari catatan peristiwa yang menyedihkan ini untuk pembaca blog MeNtaDakkaKikiDaL.

Malapetaka Palestin

Dari tahun 1946 dan seterusnya Zionis tinggal di Palestin dan mula mengumpul maklumat terperinci tentang desa-desa Palestin, untuk kegunaan tentera seterusnya. Dalam tempoh dua minggu perlaksanaan rancangan pembahagian Palestin oleh PBB dijalankan, unit tentera Yahudi memulakan proses pembersihan etnik. Sebulan kemudian desa pertama Palestin terpadam dari peta Palestin - tidak dapat dipastikan nama desa tersebut (penulis). Kekerasan antara dua pihak secara berperingkat meningkat dan seramai 70,000 warga Palestin mula meninggalkan rumah mereka sebelum kegiatan ketenteraan berskala penuh bermula pada bulan Mac 1948, ketika Rencana D sepenuhnya dilaksanakan.

Keterangan mengenai kekejaman Israel menunjukkan bahawa mereka adalah manusia yang tidak berperikemanusiaan dan ganas seperti dalam kutukan bulat-bulat Komuniti Antarabangsa terhadap mereka. Pada tarikh 9 April 1948, pasukan Zionis termasuk Geng Stern dan Irgun yang terkenal dengan unit keganasan memasuki desa Deir Yassin dan menyerbu rumah-rumah dengan tembakan mesingan, membunuh ramai penghuninya. Yang selamat kemudian dikumpulkan bersama-sama dan dibunuh, korban termasuklah 30 bayi. Antara 100 dan 200 Palestin dibunuh di Deir Yassin (Geng Irgun dengan bangga mengatakan bahawa bilangan yang dibunuh adalah 256) dan kemudian kampung tersebut diratakan dengan tanah. Operasi tersebut sengaja di canang dengan bangganya oleh Zionis untuk menunjukkan kepada Palestin yang lain, perkara yang sama akan berulang seandainya mereka berpeluk tubuh dan berdiam diri berhadapan dengan mereka.

Menachem Begin, Ketua Organisasi Pengganas Irgun dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel berkata dengan bangganya; “Seperti di Deir Yassin dan di mana-mana sahaja... Oh Tuhan, Oh Tuhan, Engkau telah memilih kami untuk membukanya”

Di desa-desa lain, penduduk dibenarkan meninggalkan rumah mereka, tetapi tidak boleh mambawa harta benda sebelum rumah mereka diletupkan dan kampung mereka diratakan. Ada banyak pembunuhan brutal yang lain, misalnya pada tarikh 22 Mei, 200 laki-laki berusia antara usia 13 dan 30 tahun dibunuh dengan dengan kejam di Tantura.

Seorang saksi berusia 12 tahun di Deir Yassin melaporkan: "Mereka membawa kami keluar satu demi satu, menembak orang tua dan ketika salah seorang anaknya menangis ia juga akan ditembak. Lalu mereka memanggil Muhammad adik saya dan menembak dia di depan kami dan ketika ibuku berteriak membongkok di atasnya dengan membawa adik saya Hudra di tangannya, masih menyusu - mereka menembak dia juga ".
Pelaksanaan kekejaman pasukan Zionis di bandar-bandar itu sedikit lebih baik. Haifa mempunyai 75,000 penduduk Palestin, Zionis menggunakan taktik pengganas - bom tangan, letupan bom, sengaja menumpahkan minyak sebelum membakarnya, penembak tepat sesiapa yang cuba lari melalui laut. Memerintahkan kepada pasukan Yahudi, “Bunuh orang Arab yang anda lihat; bakar semua harta benda dan pasang letupan di pintu rumah mereka”.

Pasukan Zionis berjaya mencapai tujuan mereka; sekitar 60,000 orang Palestin diusir atau dibunuh dan mengurangkan penduduk Arab dari 45% kepada hanya menjadi 4% sahaja.
Seorang saksi dalam perjalanan dari Haifa melaporkan situasi kelam kelibut: "Lelaki menginjak rakan-rakan mereka dan wanita pada anak-anak mereka sendiri. Kapal-kapal di pelabuhan diisi dengan mayat hidup. Pemandangan yang amat mengerikan. Banyak kapal terbalik dan tenggelam bersama semua penumpang mereka. "

Nasib serupa menimpa Jaffa. Kota Galilea Safad telah menjadi tempat tinggal 9,500 Arab dan 2,400 orang Yahudi, tetapi seluruh penduduk Arab diusir. Kisah yang sama diulang-ulang di seluruh Palestin. Pada masa mandat British berakhir, sebenarnya telah lebih dari satu pertiga dari penduduk Arab Palestin diusir.

Pada hari itu, Kemerdekaan Israel mengisytiharkan, 58 desa telah musnah. Pada hari berikutnya, sebelum terdapat negara arab mengakui Israel, pasukan tentera Arab memasuki Palestin, tapi mereka terlalu sedikit, terlambat dan tidak sesuai berdepan dengan pasukan Israel yang terlatih dan bersenjata canggih.
Pada masa gencatan senjata pada tahun 1949 Israel telah memperoleh 78% dari Palestin, berjaya mengusir keluar lebih dari 750,000 orang Palestin, dan lebih dari 400 desa Palestin terhapus.

Sumber: Aman Palestin

Tindakan Kita

Hingga hari ini, zionis yahudi masih lagi terus menerus merampas dan mengurangkan hak rakyat Palestin. Mereka berani untuk buat begitu kerana mereka mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) dan juga mereka mempunyai dana yang sangat kuat. Abu Dzar sangat yakin bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi adalah sangat tepat. Mari kita boikot barangan Yahudi. Kita runtuhkan ekonomi mereka.

Berikut adalah fatwa al-Qaradhawi yang telah di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin.

Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?
Wahai manusia, tidakkah anda berfikir?
Tidakkah anda memiliki perasaan lagi?
Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini?
Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds.

Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. 
Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.
Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai.

Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"

Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Maka, apa lagi...boikot Israel!

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan senarai barang boikot, boleh download kat link scribd ini. Jangan takut jika makanan kita kurang enak seperti biasa, insyaAllah di syurga nanti kita akan dapat hidangan yang jauh lebih dahsyat keenakannya. Jangan risau kulit kita tidak cantik seperti puteri kayangan kerana sabun yang kita guna adalah jenis yang tidak terkenal, insyaAllah kulit yang tidak cantik itu lah yang akan menjadi saksi pengorbanan untuk membantu rakyat Palestin.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Sekadar perkongsian..

tempoh hari ana menghadiri 1 ceramah mengenai Palaestin yg disampaikan oleh ustaz hasanudin pengerusi(aqsa syarif)

ada 4 produk yg diyakini, hasilnya terus ke israel

1)coca cola
2)nestle
3)mc donald
4)l'oreal
Walid Hafizul berkata…
Syukron atas perkongsiannya...sangat bermanfaat info yang diberikan.

semoga kita diberi kekuatan untuk terus memboikot barang2 tersebut