Sudah terlalu lama rasanya Abu Dzar tak menghantar apa-apa khabar pada blog MeNtaDakaKiDaL ni. Maklum la sejak bermula sem baru, kebiasaannya student akan jadi sedikit sibuk dengan kuliah, tutorial, tugasan, pembentangan, dan bagi student yang luar biasa, mereka akan ada satu lagi kesibukan tambahan…dakwah. Tugas mengajak orang bersama mencari cinta dan redha Ilahi.
Untuk kali ini Abu Dzar suka mengungkapkan suatu kisah yang berlaku kepada salah seorang sahabat Rasulullah yang dijamin syurga. Ali karamullah wajhah.Seorang sahabat yang pernah memegang tampuk pemerintahan khalifah Islamiah.Tentu ramai yang sudah sedia maklum akan kisah perkahwinan Ali dengan Fatimah puteri Rasulullah saw.
Kisah Ali meminang Fatimah
Kisah perkahwinan ini bermula apabila Abu Bakr pergi berjumpa dengan Ali untuk memberi cadangan agar Ali pergi meminang Fatimah kerana pinangan dari para Sahabat yang lain telah ditolak. Lantas air mata Ali turun bercucuran. Ali menerangkan kepada Abu Bakr bahawa dia memang menginginkan Fatimah akan tetapi satu-satunya masalah yang dihadapi adalah dia tidak memiliki apa-apa. Abu Bakr berkata “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan isinya ini hanyalah ibarat debu yang bertaburan!”. Berbekalkan semangat yang diberikan oleh Abu Bakr, Ali pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan hasrat hatinya itu.
Apabila tiba di rumah Rasulullah, Ummu Salmah membukakan pintu dan Rasulullah mempersilakan Ali duduk di depan beliau. Ali jadi malu hinggalah Rasulullah berkata kepada Ali “ Seolah-olah engkau mempunyai keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apasaja yang engkau perlukan, akan engkau perolah dari aku”. Maka barulah lega rasa hati Ali untuk bersuara menyatakan tujuan kedatangannya tersebut. Ali menyampaikan keinginannya untuk menjadikan Fatimah sebagai isteri. Wajah Rasulullah jadi berseri-seri dan bertanya kepada Ali, “Adakah engkau memiliki apa-apa untuk dijadikan mas kahwin?”. Dengan jujur Ali mengaku kepada Rasulullah bahawa dia hanya memiliki sebuah baju besi, sebilah pedang dan juga seekor unta. Rasulullah bersetuju untuk menerima baju besi Ali sebagai mas kahwin.
Jadilah lelaki yang berani
Itulah serba ringkas kisah yang menjadi titik tolak kepada perkahwinan antara Ali dengan Fatimah. Kali ini ibrah yang ingin Abu Dzar kongsikan dengan pembaca adalah keberanian Ali untuk bertemu dengan Rasulullah dan meminang Fatimah tatkala dia tidak memiliki apa-apa simpanan untuk dijadikan mas kahwin. Tolong jangan salah faham. Abu Dzar tidak menyebarkan ideologi lelaki tidak perlu menabung dan menyimpan duit untuk persediaan perkahwinan. Menabung memang perlu tapi itu bukan alasan untuk menangguhkan perkahwinan.
Berbalik kepada kisah keberanian Ali bertemu Rasulullah. Abu Dzar sedikit hairan, ramai dari kalangan pemuda yang berani bertemu dangan teman wanita. Keluar berdua-duaan, makan bersuap, berpimpin tangan, saling ber”sms”, jalan beiringan namun apabila dinasihatkan untuk pergi menemui keluarga pihak wanita, bermacam-macam alasan yang akan keluar. Abu Dzar bertambah hairan tatkala melihat ada ibubapa yang berani membiarkan anaknya keluar bersama dengan teman lelaki.
Keberanian tu kenalah bertempat. Bukan dalam perkara yang tidak betul. Atau mungkin ramai yang sudah keliru antara yang haq dan yang batil.
Nikah dan Kuliah
Bercakap tentang pernikahan Ali dengan Fatimah, Abu Dzar jadi teringat kepada seorang ikhwah yang akan melansungkan perkahwinannya dengan seorang akhwat yang juga bernama Fatimah. Untuk pengetahuan walaupun semua dah tau, akh Rusdi akan menikah dengan ukhti Fatimah pada 3 Feb 2011. Perkara yang ingin Abu Dzar garisbawahi adalah dua-dua masih kuliah di UMS. Semoga perkahwinan mereka mendapat keberkatan dan redha Allah. Tidak lupa juga Abu Dzar berdoa agar perkahwinan mereka akan dapat membantu dakwah dan yang paling penting semoga bahagia “sampai syurga”.
Dah tersembang bab nikah ni, Abu Dzar juga nak mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada akh Umair, penulis blog Soutul Ikhwah dengan ukhti Atifahpenulis blog juga tapi dah delete. Pasangan ini akan melansungkan akad nikahnya pada 5 Feb 2011, tarikh yang sama dengan hari lahir akh Umair.
Cukup untuk kali ini…minta jasa baik pembaca untuk tak bertanya “Abu Dzar bila lagi?”, doakan saja supaya urusan Abu Dzar untuk menikah tidak menghadapi banyak masalah =)
Untuk kali ini Abu Dzar suka mengungkapkan suatu kisah yang berlaku kepada salah seorang sahabat Rasulullah yang dijamin syurga. Ali karamullah wajhah.Seorang sahabat yang pernah memegang tampuk pemerintahan khalifah Islamiah.Tentu ramai yang sudah sedia maklum akan kisah perkahwinan Ali dengan Fatimah puteri Rasulullah saw.
Kisah Ali meminang Fatimah
Kisah perkahwinan ini bermula apabila Abu Bakr pergi berjumpa dengan Ali untuk memberi cadangan agar Ali pergi meminang Fatimah kerana pinangan dari para Sahabat yang lain telah ditolak. Lantas air mata Ali turun bercucuran. Ali menerangkan kepada Abu Bakr bahawa dia memang menginginkan Fatimah akan tetapi satu-satunya masalah yang dihadapi adalah dia tidak memiliki apa-apa. Abu Bakr berkata “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya, dunia dan isinya ini hanyalah ibarat debu yang bertaburan!”. Berbekalkan semangat yang diberikan oleh Abu Bakr, Ali pergi menemui Rasulullah untuk menyampaikan hasrat hatinya itu.
Apabila tiba di rumah Rasulullah, Ummu Salmah membukakan pintu dan Rasulullah mempersilakan Ali duduk di depan beliau. Ali jadi malu hinggalah Rasulullah berkata kepada Ali “ Seolah-olah engkau mempunyai keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apasaja yang engkau perlukan, akan engkau perolah dari aku”. Maka barulah lega rasa hati Ali untuk bersuara menyatakan tujuan kedatangannya tersebut. Ali menyampaikan keinginannya untuk menjadikan Fatimah sebagai isteri. Wajah Rasulullah jadi berseri-seri dan bertanya kepada Ali, “Adakah engkau memiliki apa-apa untuk dijadikan mas kahwin?”. Dengan jujur Ali mengaku kepada Rasulullah bahawa dia hanya memiliki sebuah baju besi, sebilah pedang dan juga seekor unta. Rasulullah bersetuju untuk menerima baju besi Ali sebagai mas kahwin.
Jadilah lelaki yang berani
Itulah serba ringkas kisah yang menjadi titik tolak kepada perkahwinan antara Ali dengan Fatimah. Kali ini ibrah yang ingin Abu Dzar kongsikan dengan pembaca adalah keberanian Ali untuk bertemu dengan Rasulullah dan meminang Fatimah tatkala dia tidak memiliki apa-apa simpanan untuk dijadikan mas kahwin. Tolong jangan salah faham. Abu Dzar tidak menyebarkan ideologi lelaki tidak perlu menabung dan menyimpan duit untuk persediaan perkahwinan. Menabung memang perlu tapi itu bukan alasan untuk menangguhkan perkahwinan.
Berbalik kepada kisah keberanian Ali bertemu Rasulullah. Abu Dzar sedikit hairan, ramai dari kalangan pemuda yang berani bertemu dangan teman wanita. Keluar berdua-duaan, makan bersuap, berpimpin tangan, saling ber”sms”, jalan beiringan namun apabila dinasihatkan untuk pergi menemui keluarga pihak wanita, bermacam-macam alasan yang akan keluar. Abu Dzar bertambah hairan tatkala melihat ada ibubapa yang berani membiarkan anaknya keluar bersama dengan teman lelaki.
Keberanian tu kenalah bertempat. Bukan dalam perkara yang tidak betul. Atau mungkin ramai yang sudah keliru antara yang haq dan yang batil.
Nikah dan Kuliah
Bercakap tentang pernikahan Ali dengan Fatimah, Abu Dzar jadi teringat kepada seorang ikhwah yang akan melansungkan perkahwinannya dengan seorang akhwat yang juga bernama Fatimah. Untuk pengetahuan
Gambar akhwat kat atas tu ambil dari internet, bukan gambar ukhti Fatimah yang sebenar! |
Dah tersembang bab nikah ni, Abu Dzar juga nak mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada akh Umair, penulis blog Soutul Ikhwah dengan ukhti Atifah
Cukup untuk kali ini…minta jasa baik pembaca untuk tak bertanya “Abu Dzar bila lagi?”, doakan saja supaya urusan Abu Dzar untuk menikah tidak menghadapi banyak masalah =)
Ulasan
harus jadi orang yang berani juga seperti Ali.moga dipermudahkan urusan antum.
minta izin untuk kongsi bahagian kisah saidina Ali kat blog ana...
kalau tak izin...boleh maklumkan dalam ruangan komen kat blog ana...
jazakallah...