Suasana menjelang Maghrib di Masjid UMS kali ni sedikit berbeza dengan hari-hari sebelumnya.Terasa ramai yang sudah tiba di masjid untuk menunggu waktu Maghrib. Saya sedikit kagum. Bagus benar pelajar tahun 1 ambilan Julai 2010 ni. Walaupun sudah habis Minggu Suai Mesra, tetap sahaja ramai yang datang ke masjid untuk solat berjemaah. Bagus la macam ni. Tak la pening kepala si Khairuddin exco kerohanian dan sahsiah UMS ni memikirkan cara nak suruh student datang mengimarahkan masjid. Ternyata memang menakjubkan!!! Solat Maghrib kali tu adalah yang paling ramai sepanjang saya berada di UMS ni. Dalam suasana tidak ada apa-apa program atau kuliah, jumlah jemaah satu saff penuh dari hujung sebelah kanan masjid hingg ke hujung sebelah kiri masjid! Subahanallah!
Usai solat Maghrib, saya berfikir sejenak. Mungkin sudah ramai pelajar tahun 2, 3 dan 4 yang sudah pulang untuk meneruskan sesi pengajian yang seterusnya. Esok baru pendaftaran, malam ni tak tau nak buat apa...gi la masjid. Sambil melangkah kan kaki meninggalkan masjid yang ramai orang tu, kepala saya terus berfikir. Macam-macam yang terlintas. Baik idea yang positif hingga yang negatif dan bukan-bukan. Tiba-tiba telinga saya menangkap satu bunyi speakar yang agak kuat dari arah Dewan Censelor. Memori saya kembali teringat kepada banner yang digantung di jalan keluar dari AB. KK FM akan mengadakan tayangan perlawanan bola sepak sempena perlawanan akhir piala dunia antara Netherlands dan Spain.
Piala Dunia
Saya tak ingin bercarita tentang siapa menang atau siapa yang kalah. Bukan juga nak bercerita pasal sotong yang dikatakan dapat meramal keputusan setiap perlawanan. Dan bukan juga nak berceloteh tentang isu judi berlesen yang pernah panas di bumi bertuah Malaysia ini. Tapi saya nak membawa semua untuk melihat dari perspektif yang lain sedikit. Melihat dari sudut pandang seorang mahasiswa yang baru mendaftar di kampus dan tidak ada apa-apa program untuk dilakukan pada waktu malam. Tidak ada kenderaan untuk keluar berjalan-jalan ke bandar. Dalam pada masa yang sama pihak universiti dengan kerjasama dari KKFM dengan penuh prihatin menyediakan satu layar besar untuk para mahasiswa mengisi masa lapang tersebut.
Nahtijahnya, pelajar berbondong-bondong turun dari kolej kediaman menuji ke Dataran Dewan Canselor. Berbekalkan iman yang ada dan teringat pesan orang tua di rumah agat tidak meninggalkan solat, mereka singgah ke Masjid UMS untuk menunaikan solat Maghrib. Usai solat, duduk sembang-sembang sekejap bersama kawan-kawan hingga tiba waktu Isyak. Solat dan menuju ke destinasi tumpuan seluruh warga kampus. Dataran Dewan Cancelor.
Waktu masih awal sebelum perlawanan bermula. Tetapi pihak penganjur telah mengadakan perbagai jenis aktiviti untuk memastikan pengunjung tidak kejenuhan menanti detik 2 pagi.
Proaktif
Idea untuk membentangkan layar untuk menayangkan perlawanan akhir piala dunia tersebut memang menarik. Tambah menarik dengan inisiatif pihak penganjur mengadakan gerai jualan, menjemput artis datang membuat persembahan dan juga pelbagai permainan seperti tendangan penalti memang satu langkah proaktif untuk memastikan pengunjung tidak meninggalkan perkarangan dewan hingga tamat perlawanan akhir tersebut.
Sekarang cuba kita intai sikap proaktif yang ada pada diri mahasiswa dalam mengisi masa senggang yang mereka ada di kampus.
- Lepas bangun solat subuh, tidur sekejap sebab kelas mula jam 11pagi --> kalau tak nanti tertidur masa pensyarah bagi kuliah
- Bangun jam 10.45pagi, mandi + berus gigi + pilih baju + amik kertas nak salin nota + minum sikit + berlari ke dewan kuliah --> cemerlang la ni, dapat buat 6 kerja dalam masa 15 minit
- Dengar kuliah terasa lapar, bergerak ke kafe untuk mengisi perut --> nak belajar mana boleh biarkan perut kosong, mesti kena isi sikit, kalo tak nanti dapat sakit gastric pulak
- Balik ke bilik, bukak laptop main game --> untuk seimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri
- Solat zohor bila dah dekat dengan waktu asar --> boleh study lebh masa
- Petang gi riadah sampai orang azam Maghrib --> badan sehat otak cergas
- Malam masak mee segera, makan sambil menonton movie Hollywood --> boleh improve bahasa Ingerris
Hebat bukan?? Sangat proaktif dan menggunakan masa dengan baik.
Saya tinggalkan pembaca MeNtaDakKakikIDaL dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan juga Al-Hakim dari Abdullah Ibn Abbas
Hendakalah anda merebut kesempatan dari lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu;
- Kesempatan semasa hidup sebelum tiba kematian anda
- Kesempatan semasa sihat sebelum tiba sakit anda
- Kesempatan di kala lapang sebelum tiba sibuk anda
- Kesempatan di masa muda sebelum tiba masa tua anda
- Kesempatan semasa kaya sebelum tiba kepapaan anda
Ulasan