“Akh, tanya sikit...tembakau jawa cap 5 semut tu apa dia?”, tanya saya kepada Umair melalui Nokia 6230. “Tah la, ana pun tak tau gak apa benda tu, Azahar dah belikan untuk ana”. Jawab Umair disusuli dengan ketawa. Memang ikhwah yang sorang ni tak sah kalau tak ketawa! “Tapi Azahar pesan, tembakau tu boleh dapat kat kedai runcit akh”. Tambah Umair tanpa diminta. “Oh ok, ok akh...jazakallah!”
Saya berjalan-jalan di sekitar Pekan Kuala Kangsar untuk mencukupkan barang-barang yang diminta oleh pihak penganjur perkemahan.
Handphone Nokia 6230 saya berbunyi menandakan ada SMS diterima. Saya baca...
Saya tersenyum sambil menghela nafas lega. Tak payah la buat tebal muka pegi tanya tembakau di kedai runcit. Fikiran saya kembali mengingat senarai barang yang perlu dibawa bersama. Tangan saya lantas mencari-cari cebisan kertas yang sudah siap tertulis senarai barang yang perlu dibawa ke mukhayyam a.k.a perkemahan kali ini. Alhamdulilah semua sudah cukup!
Diringkaskan cerita, sebelum memulakan perjalanan meredah hutan hujan tropika di negeri Perak, Seorang ikhwah berpesan akan persiapan yag perlu dibuat. “Kurangkan benda-benda yang antum bawak di tangan, kalau boleh masukkan semua dalam beg. Perjalanan yang akan kita lalui agak jauh dan melalui lerang-lerang bukit”. Kami pun bersiap-siap memasukkan barang ke dalam beg. Kemudian Pak Cik Haron, memberikan sedikit tips untuk kami trekking di hutan nanti. Setelah semuda bersiap-siap, tiba-tiba ikhwah tadi kembali bersuara. “ Sebelum ana terlupa, keluarkan tembakau yang dah disuruh beli tu sekarang”. Pintanya. “Tembakau ini gunanya macam ni, masukkan air dalam plastik tembakau ni, antum gonyoh-gonyoh lepas tu air dia antum sapu dekat atas kasut dan stoking, insya-Allah pacat tak akan naik ke kaki antum. Sebaik sahaja mendengar tips yang diberikan tersebut kami pun berpusu-pusu pergi ke pili air. “Cobe mike pikio, pacat pun mampuih kena air tembakau, macam mana manusia boleh isap rokok” Pak Cik Haron berseloroh. Kami ketawa berdekah-dekah. Kalakar, namun ada benarnya.
Bagi yang menghisap rokok...berhentilah dari merokok sekarang! Katakan TIDAK pada ROKOK!
Ternyata tips yang diberikan tersebut berkesan, saya sampai ke tapak perkemahan dengan selamat dari gigitan pacat. Mungkin sedikit tips lagi saya kongsikan bagi mengalih pacat di badan. Tips ini saya ambil dari myMetro.
Ketika jungle trekking pada keesokkan harinya, ada beberapa orang ikhwah digigit pacat. Sambil membuang pacat yang ada di kaki dan tangan, salah seorang ikhwah mencetuskan persoalan.” Kalau kita tak masuk dalam hutan ni, pacat ni nak makan apa ye?”. Saya tidak memberi respon pada ketika itu. Namun ada yang lebih tahu tentang hutan hujan tropika dan isinya menjawab. “Pacat hisap darah binatang yang ada dalam hutan ni akh”.
Setelah selesai mukhayyam, saya kembali memikirkan persoalan yang diutarakan didalam hutan tempoh hari. Dengan izin Allah, saya terjumpa ayat 60 dari surah al-Ankabut;
Jelas, segala rezeki hidupan yang ada di bumi ini adalah hasil pemberian Allah. Baik manusia yang lengkap sempurna, keluar mencari rezeki di pejabat atau di kebun, hinggalah pacat yang pergerakannya agak terbatas. Mereka semua mendapat rezeki seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.
Berbalik kepada kisah tembakau tadi, saya ada buat ujikaji keberkesanan tembakau dalam menghindar pacat. (haha macam tajuk thesis pulak) Ketika duduk istirahat di tepi sungai menghilangkan letih, saya ternampak seekor pacat bergerak ke arah saya, dengan pantas saya mencapai tembakau yang ada di dalam kocek seluar, saya isi dengan air sungai dan titiskan ke atas pacat tersebut. Hanya dengan beberapa titik air tembakai sahaja, pacat tersebut tidak lagi bergerak. Err...maaf ye encik pacat, anda jadi bahan ujikaji pulak...
Saya kembali terfikir akan lawak spontan yang dibuat oleh Pak Cik Haron “Cobe mike pikio, pacat pun mampuih kena air tembakau, macam mana manusia boleh isap rokok”. Wahai manusia yang diciptakan Allah dengan akal fikiran yang lengkap sempurna. Tolonglah berfikir secara waras. Dah tau rokok tu tak baik untuk kesihatan, malah ada amaran pun pada kotak rokok. Tapi yang menghairankan adalah, perokok-perokok ini tidak pernah ambil endah akan segala label atau iklan yang ada. Ni nak tanya, adakah memang tak nampak atau buat-buat tak nampak. Bagi seorang Muslim, saya ingatkan agar anda melinggalkan rokok sebab At-Tarmizi pernah meriwayatkan bahawa Abu Hurairah mendengar pesan Rasulullah s.a.w Dari ciri kesempurnaan keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
Secara kasarnya ada 5 pelajaran yang dapat diambil dari hadith tadi;
Akhir sekali dari MeNtaDakKakiKiDaL, Katakan TIDAK kepada rokok!

Salam akh, ana sponsor tembakau jawa untuk group kita
Sender: Hasbul

- Pacat akan terjatuh selepas kenyang. Namun, jika anda mahu mengalihkan ia lebih awal, kenal pasti bahagian gigi pacat yang berfungsi menghisap darah di salah satu hujung, lazimnya di bahagian lebih nipis.
- Secara perlahan, gunakan jari telunjuk untuk mencabut bahagian pacat yang menghisap darah daripada kulit. Gunakan satu lagi jari untuk memisahkan hujung satu lagi yang lebih gemuk. Pada proses ini, pacat lazimnya akan cuba untuk kembali melekat ke kulit.
- Selepas mencabut pacat, pastikan anda membersihkan kesan luka untuk mengelak jangkitan. Hidupan itu tidak beracun, namun mungkin rasa gatal dan tidak selesa.
- Jangan gunakan api rokok, ubat nyamuk, losen antiserangga atau menarik secara pantas untuk mengalihkan pacat daripada kulit. Cara ini mungkin memberi kesan lebih teruk kerana ia memberi luka lebih dalam dan kesan parut.
- Jika ia menghisap darah di bahagian telinga, hidung atau mulut, anda mungkin mendapat masalah kerana pacat menjadi gemuk apabila kekenyangan, sekali gus boleh membawa kesan parut atau cela di muka.
- Jika secara tidak sengaja mendapati ia di mulut, gunakan alkohol atau hidrogen peroksida untuk berkumur. Jika terpaksa, gunakan objek keras.
Ketika jungle trekking pada keesokkan harinya, ada beberapa orang ikhwah digigit pacat. Sambil membuang pacat yang ada di kaki dan tangan, salah seorang ikhwah mencetuskan persoalan.” Kalau kita tak masuk dalam hutan ni, pacat ni nak makan apa ye?”. Saya tidak memberi respon pada ketika itu. Namun ada yang lebih tahu tentang hutan hujan tropika dan isinya menjawab. “Pacat hisap darah binatang yang ada dalam hutan ni akh”.
Setelah selesai mukhayyam, saya kembali memikirkan persoalan yang diutarakan didalam hutan tempoh hari. Dengan izin Allah, saya terjumpa ayat 60 dari surah al-Ankabut;
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Jelas, segala rezeki hidupan yang ada di bumi ini adalah hasil pemberian Allah. Baik manusia yang lengkap sempurna, keluar mencari rezeki di pejabat atau di kebun, hinggalah pacat yang pergerakannya agak terbatas. Mereka semua mendapat rezeki seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.
Berbalik kepada kisah tembakau tadi, saya ada buat ujikaji keberkesanan tembakau dalam menghindar pacat. (haha macam tajuk thesis pulak) Ketika duduk istirahat di tepi sungai menghilangkan letih, saya ternampak seekor pacat bergerak ke arah saya, dengan pantas saya mencapai tembakau yang ada di dalam kocek seluar, saya isi dengan air sungai dan titiskan ke atas pacat tersebut. Hanya dengan beberapa titik air tembakai sahaja, pacat tersebut tidak lagi bergerak. Err...maaf ye encik pacat, anda jadi bahan ujikaji pulak...
Saya kembali terfikir akan lawak spontan yang dibuat oleh Pak Cik Haron “Cobe mike pikio, pacat pun mampuih kena air tembakau, macam mana manusia boleh isap rokok”. Wahai manusia yang diciptakan Allah dengan akal fikiran yang lengkap sempurna. Tolonglah berfikir secara waras. Dah tau rokok tu tak baik untuk kesihatan, malah ada amaran pun pada kotak rokok. Tapi yang menghairankan adalah, perokok-perokok ini tidak pernah ambil endah akan segala label atau iklan yang ada. Ni nak tanya, adakah memang tak nampak atau buat-buat tak nampak. Bagi seorang Muslim, saya ingatkan agar anda melinggalkan rokok sebab At-Tarmizi pernah meriwayatkan bahawa Abu Hurairah mendengar pesan Rasulullah s.a.w Dari ciri kesempurnaan keislaman seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya.
Secara kasarnya ada 5 pelajaran yang dapat diambil dari hadith tadi;
- Termasuk sifat-sifat orang muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah.
- Pendidikan bagi diri dan perawatannya dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat didalamnya.
- Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia-siaan dan merupakan pertanda kelemahan iman.
- Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada dirisendiri bagi dunia maupun akhirat.
- Ikut campur terhadap sesuatu yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan dan pertikaian diantara manusia.

Ulasan