Tidak dinafikan bahawa tidur merupakan satu keparluan bagi insan yang hidup di bumi ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh Encik MuRtaBakDagiNg dengan kerjasama Encik Google, jumlah tidur yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat umur. Sebagai contoh bagi bayi yang beru lahir, julamh masa tidur yang diperlukan adalah kira-kira 14 jam sehari. Manakala bagi bayi yang sudah 12 tahun lahir memerlukan tidur kira-kira 8 jam. Bagi orang dewasa memerlukan tidur selama 5 jam sehari. Namun begitu saya bukan berhajat untuk bercerita tentang jumlah tidur yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sihat. Akan tetapi saya sebenarnya sedang mengadakan kempen untuk para mahasiswa yang sudah mula bercuti. Kempen yang saya maksudkan adalah kempen “Tak Nak Tidur Ba’da Subuh!”.
*ba’da (B. Arab) = selepas (B. Melayu)
Takwim institut penggajian tinggi di Malaysia biasanya membenarkan penuntunya pulang bercuti pada bulan akhir bulan Mei dan kembali semula ke kampus untuk sesi pengajian yang seterusnya pada awal bulan Julai. Secara kasarnya, cuti yang diberikan ini memakan masa selama 8 minggu.Maka masa cuti yang panjang ini memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk melepaskan lelah setelah 14 minggu kuliah dan menempuh minggu peperiksaan yang (kononnya) menggusarkan. Bagi yang melepaskan lelah, aktivitinya adalah R.T.M. (rehat, tidur,makan). Namun begitu ada juga sebilangan mahasiswa yang memanfaatkan masa cuti dengan berkerja sambilan di primis-primis perniagaan untuk menambah duit poket masing-masing.
Jika dilihat pada norma kehidupan mahasiswa, tabiat tidur selepas subuh bukanlah sesuatu yang asing. Saya sendiri yang melihat fenomena ini berlaku di depan mata saya selama 4 tahun saya menuntut di IPT. (mungkin tidak berlaku kepada penuntut wanita a.k.a mahasiswi sebab saya tak pernah pergi ke kolej kediaman pelajar perempuan selepas subuh). Namun begitu saya ilham untuk mengadakan kempen ini muncul kerana saya berpandapat bahawa masa cuti ini perlu dimanfaatkan dengan banyak perkara-perkara yang berfaedah. Tinggalkan tabiat tidur selepas subuh itu di kolej dan pulanglah ke kampung halaman masing-masing dengan semangat baru.
Birru Walidain
Birru walidain perlu manjadi agenda utama mahasiswa apabila pulang ke rumah. (* birru walidain = berbakti kepada ibubapa). Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi agenda ini. Jika ditelusuri dengan baik, anda boleh menolong membasuh kereta, lap kipas dan tingkap, potong rumput di halaman rumah atau mungkin juga anda boleh menolong ibubapa dengan membantu adik-adik menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Anda lebih kenal keluarga anda, jadi anda pasti tahu apa yang diperlukan. Mulalah berfikir dari sekarang!
Dalil
Memandangkan saya bukan agamawan atau ahli agama, maka saya agak kurang tahu memberikan dalil samada Quran atau pun hadith. Oleh yang demikian, kredit perlu diberikan kepada web halaqah-online dan web iluvislam yang telah membantu saya dalam hal ini. Namun begitu, jika ada ustaz atau ustazah yang nek menambah atau membetulkan dalil yang ada ini adalah sangat digalakan.
Dipetik dari web halaqah-online
**Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”. (Diriwayatkan al-Baihaqi)
maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.
'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
Ibnu Qayyim “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)
Di petik dari web iluvislam:
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi
Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.'
Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:
“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal”.
Dan dalam hadith:
“Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi” [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].
Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.
Kenapa kempen ini dijalankan??
Sebab tidur ba’da solat subuh...
Sebagai memnyokong kempen ini...anda cuma perlu untuk tidak tidur selepas selesai solat subuh. Mudah kan?
Namun begitu, saya menyediakan beberapa langkah alternatif untuk memastikan kempen ini berjalan dengan baik. Dalam erti kata lain, kita tidak tidur selepas solat subuh!
Langkah pertama...muat turun poster kempen di sini untuk ikhwah dan yang ini untuk akhwat, print dan tampal di depan pintu bilik atau tempat yang anda fikirkan strategik.
Langkah kedua...Pesan kepada abang atau kakak bahawa anda berazam untuk tidak tidur selepas solat subuh. Kalau tertidur maka minta jasa baik untuk tolong kejutkan.
Langkah ketiga...tanda “X” pada hari yang anda tertidur selepas solat subuh pada takwim a.k.a. calendar. Setiap hujung minggu boleh lah anda menilai pencapaian diri sendiri. Kalau takwim tu bersih, tahniah saya ucapkan. Tapi kalau penuh dengan tanda “X”, err...mungkin anda perlu fikirkan aktiviti lain untuk mengelakkan anda tertidur selepas solat subuh.
Selamat Bermujahadah !
*p/s kalau tak nak tidur lepas solat subuh, kena la bangun solat subuh awal waktu, kalau bangun solat subuh pukul 8 pagi...tak de maknanye tak tidur lepas solat subuh!
bagi yang belum ada account scribd, poster kempen boleh dimuatturun di 4shared...yang ni poster ikhwah dan poster akhwat

- Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
- Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
- Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
- Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula
- Menghambat datangnya rezeki.
- Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
- Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Sebagai memnyokong kempen ini...anda cuma perlu untuk tidak tidur selepas selesai solat subuh. Mudah kan?
Namun begitu, saya menyediakan beberapa langkah alternatif untuk memastikan kempen ini berjalan dengan baik. Dalam erti kata lain, kita tidak tidur selepas solat subuh!
Langkah pertama...muat turun poster kempen di sini untuk ikhwah dan yang ini untuk akhwat, print dan tampal di depan pintu bilik atau tempat yang anda fikirkan strategik.
Langkah kedua...Pesan kepada abang atau kakak bahawa anda berazam untuk tidak tidur selepas solat subuh. Kalau tertidur maka minta jasa baik untuk tolong kejutkan.
Langkah ketiga...tanda “X” pada hari yang anda tertidur selepas solat subuh pada takwim a.k.a. calendar. Setiap hujung minggu boleh lah anda menilai pencapaian diri sendiri. Kalau takwim tu bersih, tahniah saya ucapkan. Tapi kalau penuh dengan tanda “X”, err...mungkin anda perlu fikirkan aktiviti lain untuk mengelakkan anda tertidur selepas solat subuh.
Selamat Bermujahadah !
*p/s kalau tak nak tidur lepas solat subuh, kena la bangun solat subuh awal waktu, kalau bangun solat subuh pukul 8 pagi...tak de maknanye tak tidur lepas solat subuh!
bagi yang belum ada account scribd, poster kempen boleh dimuatturun di 4shared...yang ni poster ikhwah dan poster akhwat
Ulasan
nak tanya sikit la.ape yang sesuai nak wat bg xnak tido pas subuh ni esp tok org yg selalu atau dah hampir sebati dengan tido pas subuh nih.kdg2 pun ade lajak subuh gak la.bg la tips ke ape2 ke
thanx
1. Lipat toto tempat tidur, simpan dalam bilik.
2. Bukak laptop untuk sesi "mari bertilawah" bersama Syeikh Said alGhamidi.
3. Kalau tak hujan...cari kasut sukan dan keluar berjoging.
4. Kalau hujan...buat air panas. Sambung internet connection dan baca berita sambil menghirup air panas..wargh syok ni!
5. Kalau tak hujan tapi tak jumpa kasut sukan (baca: malas nak keluar rumah), saya akan update blog.
6. Kalau rasa macam rajin, gi masak sarapan. Nak buat nasi goreng tak pandai...masak lempeng dah la.
7. Kalau ada member atau abang atau adik, boleh bersembang sampai hari cerah hehe.
Bagi saya langkah pertama adalah kemas tempat tidur...dan bila tempat tidur tu dah siap kemas, rasa sayang nak duduk atas katil atau tempat tidur tu. Sebab dah cantik2
semoga bermanfaat!
kaki masjid??err..biasanya pegi kuliah pakai kasut, balik kolej baru kaki ayam. Kaki masjid tu simpulan bahasa baru ke?alamak fail la kalau amaik paper BM macam ni.
untuk pengetahuan, toto adalah alas tidur atau tilam yang sedikit nipis dan boleh dilipat2 atau digulung2.
pasal request tu, menarik gak!Tips untuk solat jemaah...nanti akan menyusul
akh, apa kata lps ni combine plak kempen tak tidur ba'da subuh n asar.. ^_^
tapi kita tengok dulu keberkesanan kempen tak nak tido bada subuh ni
kalau berjaya kita tambah lagi
tak nak tidur bada asar pulak..
hmm...lagi satu nak tambah, ada seseorang cakap kalau tak nak tidur lepas subuh dia gi layan facebook. mungkin berkesan kot...cuba la
hehe..
mungkin sudah tiba masa untuk berubah!