“Maklumat sekarang berada di hujung jari, jadi apa next skills yang kamu perlukan?”. Soal Dr. Sabariah kepada kami. Suasana sunyi seketika, tidak ada respon. “ha, ada yang nak menjawab?” tanya Dr. Sabariah lagi. Masih tidak ada respon. “Kamu tau tak saya mengajar junior kamu, kuliah kedua saya dah marah. Menagajar sinior, saya rasa tak perlu la saya marah, ni dah minggu ke 13. Kalau saya maerh pun tak guna”. Dr. Sabariah mula meluah rasa. Kami terdiam. Soalan diulang sekali lagi “Maklumat sekarang berada di hujung jari, jadi apa next skills yang kamu perlukan?” Terdengar beberapa suara cuba menjawab, tapi bernada kurang yakin. Saling tak tumpah bunyi sekawan lebah yang berlegar-legar di sarangnya selepas mengumpulkan madu dari kuntuman-kuntuman bunga.
Begitulah suasana kuliah Dr. Sabariah. Penuh dengan soalan-soalan yang tidak ada dalam nota kuliah dan tidak akan ditanya dalam peperiksaan akhir sem. Dan yang paling penting, kuliah Dr. Sabariah ada banyak nasihat untuk kami.
Kami terus mendengar kuliah Dr. Sabariah sambil menyalin beberapa isi yang difikirkan penting. Satu perkara yang menarik tentang kuliah Dr. Sabariah adalah dengan banyaknya nasihat yang diberikan. Dr. Sabariah bukan sekadar memberi kuliah. Sejak dari minggu pertama lagi kuliahnya bukan semata-mata berkisar tentang “Teknologi dan Pusat Sumber Pendidikan”, ia lebih dari sekadar kuliah. Suka saya kongsikan di sini beberapa nasihat yang diberikan kepada kami. Mungkin juga berguna untuk anda.
Petua 3R
3R yang Dr. Sabariah berikan kepada kami bukan macam cerita di TV3 tu. Dr. Sabariah pesan, kalau tak nak ketinggalan, amalkan petua 3R. Apa dia 3R ??
Nampak mudah tapi untuk konsisten membaca adalah satu cabaran yang besar. Lebih-lebih lagi bagi warganegara Malaysia yang terkenal dengan sifat malas membaca bahan-bahan ilmiah. Kalau pun ada yang membaca hanyalah majalah yang berkisar tentang artis, gossip,blog ataupun apa sahaja yang kurang nilai akademiknya. Kata Dr. Sabariah, nanti bila dah jadi cikgu, kena banyak membaca kalau tak cikgu akan ketinggalan, tak kira la di pedalaman mana sekalipun kena posting, tapi tabiat membaca jangan tinggalkan.
Rapat dengan pelajar tingkatan 5
Dr. Sabariah melahirkan sedikit rasa kesal bercampur hairan apabila ramai pelajar tingkatan yang dia temui di sekolah kurang jelas akan hala tuju selepas SPM. Kalau ada yang tahu pun itu adalah atas inisiatif sendiri bertanya dari abang saudara, sepupu atau mungkin encik Google. Terlalu sedikit yang dapat maklumat hala tuju selepas SPM dari guru. Bukanlah saya menundiang jari ke arah guru bimbingan dan kaunseling semata-mata. Ini merupakan masa depan pelajar, jadi Dr. Sabariah pesan walaupun cikgu tak mengajar tingkatan 5. Berbaik-baiklah dengan mereka. Bantu mereka membuat pilihan yang lebih baik untuk masa depan mereka.
Family First
Nasihat ini diberikan pada kuliah terakhir, minggu ke-14. “Exam nanti kamu jangan risau, apa yang saya tunjuk dalam kuliah tu kamu baca la. Nasihat yang saya bagi tu, kami simpan dan kamu amalkan. Untuk yang perempuan ye…”. Suara Dr. Sabariah terputus. Dr. Sabariah menutup mukanya di sebalik monitor. Kami terdiam. Hairan. Setelah beberapa ketika Dr. Sabariah kembali tegak berdiri dan mengulang ayat tadi, “Untuk yang perempuan…”. Masih tidak mampu untuk menyambung kata-kata. Manik-manik jernih dari pelupuk matanya tumpah. Kali ini Dr. Sabariah mengusap dada. Mungkin mengumpul kekuatan dan memohon ketabahan. “Untuk yang perempuan, pentingkan keluarga, jangan sebab lelaki, kamu buang keluarga”. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dr. Sabariah duduk di posisi tadi, mukanya di lindung oleh monitor. Tanpa disuruh, seorang pelajar perempuan tampil membawa beberapa keping tisu.
Itu lah yang berlaku dalam kuliah Dr. Sabariah. Kuliah yang bukan sekadar “transfer of knowledge”. Banyak nasihat yang diberikan. Sebab tu saya suka masuk kuliah Dr. Sabariah =]
Begitulah suasana kuliah Dr. Sabariah. Penuh dengan soalan-soalan yang tidak ada dalam nota kuliah dan tidak akan ditanya dalam peperiksaan akhir sem. Dan yang paling penting, kuliah Dr. Sabariah ada banyak nasihat untuk kami.
Kami terus mendengar kuliah Dr. Sabariah sambil menyalin beberapa isi yang difikirkan penting. Satu perkara yang menarik tentang kuliah Dr. Sabariah adalah dengan banyaknya nasihat yang diberikan. Dr. Sabariah bukan sekadar memberi kuliah. Sejak dari minggu pertama lagi kuliahnya bukan semata-mata berkisar tentang “Teknologi dan Pusat Sumber Pendidikan”, ia lebih dari sekadar kuliah. Suka saya kongsikan di sini beberapa nasihat yang diberikan kepada kami. Mungkin juga berguna untuk anda.
Petua 3R
3R yang Dr. Sabariah berikan kepada kami bukan macam cerita di TV3 tu. Dr. Sabariah pesan, kalau tak nak ketinggalan, amalkan petua 3R. Apa dia 3R ??
“Read, read and read”
Nampak mudah tapi untuk konsisten membaca adalah satu cabaran yang besar. Lebih-lebih lagi bagi warganegara Malaysia yang terkenal dengan sifat malas membaca bahan-bahan ilmiah. Kalau pun ada yang membaca hanyalah majalah yang berkisar tentang artis, gossip,

Ulasan