Ada apa dengan Nokia 6230


Hari ini ulang tahun phone saya brand Nokia 6230. Tanggal 17 Mac 2010,phone saya kini telah 6 tahun berada di muka bumi ini. 1 tahun ayah saya guna dan dihadiahkan kepada saya sebelum saya masuk mendaftar untuk program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perak dalam pertengahan tahun 2005. Bermula dari tarikh tu, saya adalah pemilik handphone Nokia 6230 yang sah. Phone Nokia 6230 milik saya ni saya bagi nama “mentadakkakikidal” atau lebih mudah “mentadak”. Kenapa mentadak??? hmm…dah ramai jugak yang bertanya, tapi saya diamkan saja. Tapi mungkin kali ini saya nak cerita sikit macam mana saya dapat nama mentadak tu.

Ceritanya mula masa sekolah dulu saya suka main game “Red Alert”. Hehe walaupun tak berapa nak pandai main tapi layan je la…gilir-gilir main dengan along ngan alang. Saya selalu bubuh nama bukan-bukan untuk nama team yang saya main. Antaranya adalah pengorekpensel, kamustebal, kasutsukan, mesenbasuh…sampai la satu hari yang dah sangat hampir dengan PMR. Saya ingat lagi masa tu saya balik dari asrama untuk cuti hujung minggu. Macam biasa la, saya main game Red Alert tu. Tah tetiba saya dapat ihlam untuk bubuh nama mentadak. Disebabkan saya dah biasa guna nama yang ada 2 perkataan, jadi saya piker pasangan mentadak tu..huruf terakhir adalah K jadi saya tambah “kaki”. Lepas tu suku kata kedua kaki adalah  “ki” jadi saya sambung “kidal”. Maka jadilah mentadakkakikidal atau mentadakakidal. Dan nama itu kekal sampai sekarang.

Blog ni pun saya namakan MeNtaDaKkaKiKiDaL sebab masa dekat matrik, phone saya ni adalah lidah rasmi saya kalau saya tak pandai nak cakap direct (maklum la saya adalah seorang yang introvert). Saya akan hantar sms kepada orang yang saya nak tegur tu. Sekarang, memandangkan blog adalah salah satu cara untuk menyampaikan isi hati saya, jadi saya ambil nama yang sama dari Nokia 6230 tu. Sebab tu la kadang kadang kalau baca blog ni rasa macam mengarut, jangan hairan tau. Tu makna nya emosi saya tak berapa nak betul. Hehe!

Jadi kepada follower blog ini yang pada masa artikel ini ditulis berjumlah 29 orang, anda sangat dihargai. Kepada yang meletakkan link MeNtaDaKakiDaL  di blog anda, saya sangat berterima kasih. Tak lupa juga kepada yang dok hantar comment pada post saya. Paling penting kepada satu-satunya adik perempuan dalam keluarga saya…you’re my strength on this world!

O.K skang mentadakkakikidal dah terjawab…sekarang saya akan menjawab dari mana datang nama murtabakdaging dan kenapa guna nama AbuDzar Al-Ghifari???

MuRtaBakDagiNg

Setelah sekian lama saya tidak memberi nama kepada barang-barang milik saya, saya jadi kurang kreatif dalm memberi nama lain…hingga lah apabila ayah saya membelikan saya sebuah laptop semasa saya dalam pulang bercuti di rumah sewaktu saya baru menghabiskan tahun pertama di UMS. Saya masih ingat, laptop tu ayah saya belikan kurang seminggu sebelum saya berangkat kembali ke UMS. Semasa pulang ke kampung saya di New Castle, Saya telah pun berfikir-fikir, nama apa yang sesuai untuk diberikan kepada laptop baru tersebut…tapi tidak bertemu juga nama yang ideal. Mungkin angin ew Castle yang sibuk dengan pasar borong, jaga parking, sepupu-sepupu saya yang comel-comel tu tak memberikan saya ruang yang selesa untuk bertemu dengan satu nama yang ideal.

Hingga lah pada satu masa, selepas pulang dari New Castle…di rumah sewa keluarga yang di hujung minggunya selalu mati air! Saya terfikir untuk menamakan sebagai murtabakdaging. Makanan kegemaran saya. Murtabak daging yang sedap adalah di New Castle sebab pencicahnya menggunakan cuka dan bawang merah…bukan kuah kari macam kat Johor, Pahang dan Sabah. Tambahan pula, ada satu kisah disebalik nama murtabakdaging ni.

Ceritanya bermula apabila saya tamat belajar di matrik dan beberapa lama selepas tu saya menyambut hari lahir…saorang kawan saya telah mengirimkan e-mail mengucapkan selamat hari lahir dan bersama dengan e-mail tersebut, ada di”attach”kan satu gambar yang menarik…gambar MURTABAK. Pergh…terus lapar ni! Maka saya terus memilih nama tersebut untuk diberi kepada laptop saya. MuRtaBakDagiNg. Tiap kali teringat peristiwa ni saya teringat akan penghantar e-mail tersebut…thanks to Wan Izham atas gambar murtabak yang sangat lazat dipandang…saya masih simpan sampai sekarang gambar tu..tak caya?? Huh…malas nak layan.

Sekarang saya nak bagi tau kenapa saya guna nama pena Abu Dzar Al-Ghifari.

Abu Dzar Al-Ghifari adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Abu Dzar merupakan antara golongan awal yang memeluk Islam. Dia mula merisik tentang agama baru yang dibawa oleh seorang nabi di Kota Mekah dengan meminta pertolongan abangnya. Setelah itu, dia sendiri yang pergi ke Kota Mekah untuk mengaku akan kebenaran Islam dan beriman kepada Allah. Abu Dzar atau nama sebenarnya adalah Jundhub Bin Junadah berasal dari kaum Ghiffar. Kaum yang kerjanya adalah merompak kafilah dagang yang melintasi kawasan mereka tinggal. Hehe dahsyat kan kerja kaum Ghifar ni?? Akan tetapi selepas Abu Dzar memeluk Islam, dia pulang kepada kaumnya dan telah mengIslamkan seluruh kaumnya tersebut.

Err…tercerita bab Abu Dzar pulak. Hmm..bagi yang nak membaca lebih tentang Abu Dzar, boleh beli buku tentang sahabat Rasulullah. Cari nama Abu Dzar dan baca la sampai puas. Saya yakin mesti anda juga akan kagum dengan insan yang bernama Abu Dzar ini. Namun begitu, ada satu kisah yang sangat menarik yang ditempuh oleh Abu Dzar yang membuatkan saya sangat tertarik dengan sahabat Rasulullah s.a.w ini.

Sewaktu peristiwa perjalanan tentera Islam menuju ke Tabuk (juga dikenali sebagai Perang Tabuk), ramai dari salangan sahabat yang tertinggal dari rombongan Rasulullah s.a.w. Setiap kali diajukan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal tersebut, Rasulullah s.a.w. berkata “Jika dia orang baik, Allah akan mengembalikannya dan jika dia bukan orang baik, lebih baik dia tidak pergi”. Perjalanan diteruskan. Namun akibat tunggangan (kalo tak silap unta) Abu Dzar terlalu lemah dan tak berdaya, dia merupakan antara orag yang tertinggal. Selepas sahabat yang lain menyedari hal ini, mereka memberi tahu kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasulullah, Abu Dzar juga tertinggal dibelakang”. Rasulullah s.a.w tetap menjawab seperti jawapan sebelum itu…“Jika dia orang baik, Allah akan mengembalikannya dan jika dia bukan orang baik, lebih baik dia tidak pergi”. Dengan keazaman yang kuat untuk turut sama dengan Rasulullah, Abu Dzar telah turun dari tunggangannya (dia meninggalkan tunggangannya) dan memikul barang-barang miliknya. Abu Dzar meneruskan perjalanan ke Tabuk dengan harapan dapat bertemu dengan tentera Islam yang lain.

Rasulullah dan para sahabat yang lain sedang beristirahat menghilangkan letih, tiba-tiba seorang sahabat berkata, “Kami melihat seseorang sedang menuju kearah kita”. Rasulullah lantas berdoa “semoga itu Abu Dzar”. Apabila semakin hampir, memang benar…orang itu adalah Abu Dzar. Melihat keadaan Abu Dzar yang sangat lemah dan tak bermaya, Rasulullah s.a.w segera mengambil sedikit air untuk diberi Abu Dzar minum. Dia menolak dan memberi tahu bahawa dia mempunyai bekalan air. Rasulullah kehairanan dan berkata “Engkau mempunyai bekalan air tetapi engkau hampir mati kehausan!”. Abu Dzar berkata “Memang wahai Rasulullah, akan tetapi apabila aku meneguk air ini, aku menolak untuk meminumnya sebelum engkau minum”.

Saya sangat terharu dengan peristiwa ini. Betapa Abu Dzar memuliakan Rasulullah s.a.w. hingga dia tidak akan minum sebelum Rasul s.a.w minum.

Satu lagi adalah kisah kewafatan Abu Dzar…

Sahabat yang menemuinya terharu dan berkata “ Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Dzar dan benarlah kata Rasulullah s.a.w, dia berjalan sendirian, meninggal sendirian dan akan dibangkitkan sendirian”.

Kalau berminat nak tahu lebih tentang kisah kewafatan Abu Dzar, seperti biasa, beli buka sirah para sahabat ye kawan-kawan…saya tak larat nak menaip. Jadi sebagai kesimpulannya, Abu Dzar merupakan seorang yang sangat luar biasa dan say menggunakan mana pena Abu Dzar supaya saya sentiasa ingat akan setiap kisah-kisah yang indah yang pernah berlaku kepada sahabat nabi s.a.w tersebut.

Sebelum berakhir saya nak berkongsi satu hadith yang agak panjang dari Abu Dzar 

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata " Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Wahai hamba-hambaku! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku. Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. Wahai hamba-hambaku! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri".

Ulasan

hisyam_mujahid berkata…
akhirnya terjawab teka-teki yang bermain di minda:

mentadak-murtabak. :D

teruskan menulis ya akhi. walau lama tak bertemu, tapi terasa dekat di hati.
Tanpa Nama berkata…
haha
at last
tahu jugak
mentadak+murtabak tuh
kreatif kott
Tanpa Nama berkata…
haa
iqah dapat lagu best
tgk kat youtube
'live like we're dying' by kris allen
best kott
lbeh kurang sama dgn
life is short
make it sweet
Walid Hafizul berkata…
hisyam_mujahid : haha...saje simpan sik maok bagi tau orang lain. Tapi memandangkan 17 March tu ada sedikit istimewa kpd mentadak dan ini adalah post yang ke 50...tulis jugak la (huhu dah banyak rupanya ana mengarut kat arena blog-memblog ni!

Anonymous : Kreatif ?? tak de makna nya!mungkin perkataan yang sesuai adalah "kelakar".

My Lovely Sister : thanks for sharing...haha life is short...make it sweet
ibn_ishak berkata…
Salam ukhwah...alhamdulillah..hilang sudah penasaran selama ini..lepas ni apa pulak nama yang muncul? heheheh...
Walid Hafizul berkata…
hmm..tunggu la ana beli kereta, nanti ada la nama baru yang muncul =]