Sebenarnya sang ketam tidak pernah menyuruh
dan mengajar anaknya
berjalan betul
kerana sang ketam cukup yakin
bahawa caranya berjalan,
seperti cara nenek moyangnya
dan cucu cicit kepada cucu cicitnya
berjalan telah betul dan sempurna
sebaliknya bangsa ketam pulalah
yang merasa hairan dan takjub
melihat manusia itu sendiri
yanag tidak habis-habis
dengan ajaran dan peraturan
yang pelbagai macam
dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa
sampailah kepada akta-akta
pekeliling-pekeliling dan memo-memo.
Tan Sri Dr. Nordin Kardin
Naib Canselor UUM
sajak ini telah dideklamasi oleh NC UUM pada Malam Puisi Riong "Cinta Di Belantara"
Ulasan