"Chalk & Talk" VS "Sit & Sleep"

Pernah tak kita tanya anak masa balik sekolah "adik belajar apa hari ni kat sekolah?". Jawapan mereka "takde apa-apa". Hmm...mungkin ada betulnya jawapan anak kita ni. Guru mungkin bersyarah dan bercerita tentang isi kandungan matapelajaran. Kita kata guru mengajar. Tapi belum tentu pelajar dalam kelas belajar. Kalau cikgu "chalk and talk", pelajar akan auto "sit and sleep".

Belajar bukan hanya proses memindahkan ilmu oleh guru. Belajar tidak dapat dipaksa tapi boleh diajak, digalakkan dan dibantu. Belajar adalah kata kerja. Aktiviti kognitif. Perlu dilakukan oleh pelajar itu sendiri.

Tak dapat jawab exam bukan bermaksud pelajar kurang cerdik atau lupa. Mereka mungkin belum belajar, hanya guru yang sudah selesai mengajar.

Saya berkongsi tulisan berkaitan dunia pendidikan.

Boleh follow media sosial saya
FB WalidHafizul https://www.facebook.com/walidhafizul
IG WalidHafizul https://www.instagram.com/walidhafizul/
TikTok WalidHafizul https://vt.tiktok.com/ZSJ2UQ5MB/
Blog WalidHafizul http://walidhafizul.blogspot.com/

Ulasan