kekal belajar di MRSM

Kali ni Walid nak kongsi tips untuk pelajar-pelajar sekolah yang baru mula masuk asrama. Maklum lah, dah sebulan mengajar, hampir setiap hari ada sahaja ibubapa yang telefon pejabat atau berhubung dengan penasihat homeroom untuk tarik diri dari sistem MRSM. Tak sesuai tinggal di asrama katanya.

Sebagai guru, ada kes yang memang Walid minta ibubapa dan pelajar tersebut bersabar dulu. Ada juga kes yang memang kita benarkan. Bergantung kepada situasi.

Kes 1
Anak homeroom Walid, tingkatan 1...seronok dapat tawaran belajar di MRSM. Tak berapa lama, nak minta balik sekolah sebelum ni. Tak tahan tinggal di asrama. Lepas slow talk, dia okay...tapi tak lama. Ada isu-isu di asrama yang pelajar ni tak dapat handle. Akhirnya parents dia datang dan Walid akur dengan keputusan ibubapa pelajar tersebut.

Kes 2
Masih lagi anak homeroom Walid. Semuanya macam okay, tapi tiba-tiba dia minta tarik diri. Sebab yang ni memang tak dijangka. Walid terus start enjin kereta pegi cari anak homeroom dekat kelas, masa tu pelajar tengah prep malam. Habis korek cerita...dia kata lepas amik ujian, dia nak keluar juga. Walid cakap Get a good pointer and you may leave. Lepas tu Walid text ibu pelajar tersebut, dia akui memang anak dia nak minta keluar. Bila keputusan ujian keluar, markah dia memang bagus. Walid pun pujuk balik, dah dapat markah macam ni, tak menyesal ke keluar ? Pelajar tu kata memang Walid suruh markah tinggi kalau nak keluar....hahaha gelak Walid kejap masa tu. Selang beberapa minggu, memang tak leh nak pujuk dah. Ibubapa dia datang ke pejabat untuk urusan perpindahan.

Kes 3
Anak homeroom Walid jugak. Eh ramai betul anak homeroom Walid yang nak keluar. Kali ni form 4. Masa lower form okay je. Entah tiba-tiba naik form 4 nak sekolah dekat-dekat dengan rumah. Tanya cita-cita, masih belum ada lagi. Tanya sebab, rasa tak sesuai tinggal di asrama. Tapi dah tiga tahun tinggal kat asrama. Yang ni memang kena brainwash la dengan Walid. Alhamdulillah selamat amik SPM sebagai calon MRSM.

Kes 4
Yang ni anak orang lain. Tingkatan 4. Tapi bila dapat tahu pelajar ni nak tarik diri. Walid tanya kenapa dia nak keluar. Dia nak amik Quran Sunnah, Syariah Islamiah dengan bahasa arab tinggi. Dah besar nanti dia nak jadi mufti. Yang ni tak perlu dihalang, dia dah nampak masa depan. Dah ada hala tuju. Walid doakan pelajar ini dapat capai cita-cita dia

Semua mula dengan niat
 

Biasa dengar dah hadith ni kan.

Tips 1

Cuba periksa balik, faktor utama kita mendaftar di MRSM. 
Kalau sebab mak ayah suruh, tanya mak ayah, kenapa mak dengan ayah suruh belajar di MRSM. Kalau memang dari sekolah rendah memang nak masuk MRSM, tahniah anda dah berjaya capai impian. Tapi tak guna la lepas dua tiga minggu, dah mohon tarik diri dari sistem.

Walid cadangkan supaya bila dah capai impian impian, buat impian tamatkan belajar dalam sistem MRSM dengan sijil Graduasi Kelas Pertama.

Tips 2

Cari kawan yang baik. Orang kata, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, kita dapat wangi jugak. Kalau kawan kita memang bahagia duduk di MRSM, insyaAllah kita pun akan seronok juga. 

Kalau roommate selalu sedih, bermuram durja...cari la kawan lain yang okay. Takut nanti, kita yang okay jadi tak okay sebab member sebilik selalu call parents cakap nak keluar.

Tips 3

Berbaik baik lah dengan penasihat homeroom. Guru penasihat homeroom tu la yang akan jaga kita sepanjang belajar di MRSM. Kalau mak datang melawat hujung minggu, pesan kat mak, bawa buah tangan untuk cikgu homeroom. Tak payah susah susah. Brownies atau pavlova pun okay dah. Hahaha. Tak la.

Pergi lah ke jabatan (bilik guru) masa rehat. Bercerita tentang masalah kat asrama. Tanya macam mana nak iron baju paling cepat. Nak lagi advance, tanya apa pertandingan yang form 1 boleh masuk. Siapa tahu, dapat wakil Malaysia!

Pengalaman Pertama

Semua orang perlu berdepan dengan pengalaman pertama. Pertama kali naik basikal. Pertama kali makan mee segera pedas gila. Pertama kali masuk asrama dan tinggal jauh dengan ibubapa. Dengan pertama kali ni lah yang akan menjadikan kita banyak pengalaman. Dan jadikan kita lebih matang dalam hidup. 

Paling penting, kena sabar dan kuatkan tekad untuk belajar. MRSM bukan saja akan cemerlangkan akademik anda. Sahsiah, emosi dan semua yang anda perlukan untuk masa depan.

Ulasan