Seriously ini adalah buku yang perlu dibaca oleh semua
pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga. Manakala pasanagan yang dah
berumahtangga pula lebih crucial untuk membaca buku ini. Secara umumnya John
Gray menceritakan factor yang menyumbang kepada perbezaan cara berfikir.
Kita semua sedar bahawa ramai lekali kebanyakannya berfikir
lebih objektif dan logic. Sementara itu, kita juga sedia maklum bahawa
kebanyakkan wanita gemar bercarita. Dari kisah baju yang dia pakai pada hari ini, hingga kepada baju
yang orang lain pakai. Semuanya boleh menjadi topic perbualan hangat dalam kalangan
mereka.
Cuba ajak seorang lelaki untuk berborak pasal gaun pengantin
Catherin Middleton. Responnya pasti berbeza jika anda mengajak seorang
perempuan yntuk bercerita tentang gaun pengantin tersebut. Ini adalah hasil
dari perbezaan cara berfikir antar lelaki dan perempuan.
Handbook for Dummies
Ramai orang cakap lelaki cuma romantik masa tengah bercinta.
Sebab tu kita selalu dengar bahawa ramai yang kata lepas kawin je suami dah
buat tak tahu je dengan isteri. Apabila isteri merasakan kekurangan nilai kasih
saying yang diberikan, mereka akan menuntut macam-macam lagi dari suami.
Pada pihak suami pula, mempunyai seorang isteri yang terlalu
banyak meminta itu dan ini sangat memeningkan kepala. Oleh itu, mereka lebih
suka meluangkan masa bersama kawan-kawan mereka untuk memikirkan perkara yang
mereka rasakan jauh lebih penting. Apabila ini berlaku, mereka akan cenderung
untuk bertengkar antara satu sama lain.
Abu Dzar mencadangkan agar kita membaca buku ini untuk
kebaikan rumahtangga anda. Sebuah rumah tangga yang harmoni tidak memerlukan
mana-mana pihak menjadi korban untuk kebahagiaan pasangan mereka. Mereka perlu
bertolak ansur dalam berkongsi kehidupan sebagai pasangan suami isteri
Tips untuk Lebih Romantik
John Gray ada menyenaraikan 100 cara untuk meningkatkan
oxytocin isteri. Tapi Abu Dzar tak nak la salin semua sekali, Abu Dzar bagi
sikit je, kalau nak tau lagi, kene la beli buku Why Mars and Venus Collide.
Tinggalkan nota cinta
Sebelum anda keluar meninggalkan rumah selitkan nota cinta
untuk isteri anda. Tak payah bagi tau “Abang ada letak something kat atas meja
tulis untuk sayang” biarkan sahaja mereka jumpa sendiri nota cinta tersebut.
Balik kerja nanti anda akan dapati isteri anda akan tersenyum senyum gembira.
Kalau nak lebih effect, beli sesuatu untuk dihadiahkan kepada isteri anda. –
ingat…Tahaddu, tahabbu
Puji kecantikan mereka
“Sayang ni cantik la, sama cantik macam hari mula-mula abang
kenal sayang dulu” Tu antara idea yang boleh digunakan untuk memuji isteri.
Jangan segan-segan untuk puji mereka. Isteri anda sangat memerlukan pujian dari
anda untuk meningkatkan keyakinan diri mereka dan sekaligus membahagiakan
mereka.
Urut bahu, belakang badan dan pinggang
Balik dari kerja confirm kita akan rasa letih. Tapi adalah
lebih bagus kalau kita sudi menggunakan sedikit tenaga yang masih ada untuk
mengurut isteri yang juga keletihan seperti kita. Kalau isteri kata “letih la
hari ni kat office, macam macam saya kena buat. Start dari awal pagi sampai la
petang tadi. Nasib baik ada kawan tolong siapkan sikit-sikit” Maka jangan
tunggu disuruh, jadikah suami yang proaktif untuk melegakan keletihan isteri.
Sambil-sambil urut, bagi sikit kata-kata motivasi untuk bekerja dengan lebih
baik.
Kalau nak tau lagi, sila dapatkan Why Mars and Venus Collide
tulisan John Gray, Bye =D
Ulasan