Ibadah Adalah Kata Kerja

Ibadah adalah kata kerja. Lebih tepat lagi adalah, kata kerja tak transitif. Kata kerja jenis ini tak memerlukan penyambut (objek) tapi memerlukan keterangan. Cuba baca contoh ini untuk lebh faham:

Umar beribadah dalam bulam Ramadhan

Umar = Subjek
Beribadah = kata kerja tak transitif
Dalam bulan Ramadhan = keterangan

Bagi yang masih ingat, satu ciri khas kata kerja tak transitif adalah, sesuatu ayat masih dikira ayat yang lengkap jika hanya ada subjek dan juga kata kerja tak transitif. Tidak perlu keterangan! Maka, ayat ini juga dikira lengkap;

Umar beribadah dalam bulan Ramadhan

Hmm...

Bagi yang tak berapa faham dengan aspek liguistik atau tatabahasa, boleh la cari cikgu Bahasa Melayu yang berdekatan.

Artikel kali ini bukan nak menggarap persoalan tatabahasa. Cuma nak bagi tahu bahawa ibadah bukan hanya khusus dalam bulan Ramadhan sahaja. Ibadah adalah perbuatan yang perlu dilakukan secara berterusan.

Mari kita lihat pecahan ibadah yang telah kita buat sepanjang bulan Ramadhan.

Solat sunat
•    Duha
•    Tahajud
•    Hajat
•    Taubat
•    Tarawih (yang ini khas untuk Ramadhan sahaja)
Sedekah
•    Duit
•    Juadah berbuka
•    Moreh
Baca Quran
Zikir
Iktikaf


Semua item tersebut adalah ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Kecuali solat sunat Tarawih, bagi yang teringin sangat nak solat Tarawih lagi, berdoala supaya Allah masih memberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun akan datang.

Ramai yang menyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan untuk beribadah hingga ada yang menggelarkan bahawa Ramadhan adalah “Bulan Pesta Ibadah”. Ya, memang betul Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadah. Tapi jangan silap, habis Ramadhan bukan bererti habis ibadah. Ibadah perlu berterusan.

Atau mungkin idea “Ramadhan adalah bulan ibadah” yang selama ini kita gunakan perlu diubah suai sedikit. Mungkin boleh digunakan “Ramadhan adalah bulan untuk meningkatkan ibadah”. Mudah-mudahan setelah tamat Ramadhan, ibadah tidak merosot.

Ini penting kerana kita adalah hamba Allah yang menyembah Allah, bukan hamba Ramadhan yang hanya beribadah pada bulan Ramadhan.

Sedar tak sedar, ini dah post ke-100. Terima kasih buat semua yang tak jemu membaca dan meninggalkan comment. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Abu Dzar berblog untuk mencari redha Allah. Cetusan pendapat, titipan ikhlas, insan kerdil di celah umat...sangat suka tag line ini =]

Ulasan

idris bin hasyin berkata…
huh? ana ingat ramadhan tu pesta bazaar... i.A akh... doakan ana utk istiqamah menjaga ibadah...

~ ana tunggu kueh raya ntm...(^_^)
Walid Hafizul berkata…
kalau ibadah adalah kata kerja, istiqamah pulak adalah kata sifat!

Maka sifat ini perlu dijaga dengan baik supaya kita tak terpesong setelah diberi petunjuk Allah.

~kalau mau kuih raya kena datang rumah! kalau lambat datang, makan kuihtiau jak!
Tanpa Nama berkata…
Cetusan pendapat, titipan ikhlas, insan kerdil di celah umat..suka juga tag line ni

salam syawal:)
maaf zahir dan batin
Walid Hafizul berkata…
syukran...

salam Syawal kembali
semoga sentiasa dalam redha Allah!
Hadi Muslim berkata…
Salam Ukhwah..
Terkesan dengan perkongsian ini..Moga nasihat berguna dan bermaaf tadi menjadi salah satu asbab bagi ana untuk terus beramal soleh di Jalan Allah...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..
Walid Hafizul berkata…
saja buat intro lain sikit!

selamat hari raya utk nta sekeluarga (nta , zaujah dgn baby)