Peaceful Phlegmatic

Sifat manusia yang terakhir ini merupakan jenis yang introvert. Lebih kurang sama dengan Perfect Melancholic. Cuma bezanya adalah Perfect Melancholic lebih bermain dengan emosi manakala Peaceful Phlegmatic mempunyai emosi yang agak stabil. Perkataan “Phlegmatic” itu sendiri telah menggambarkan ciri ketenangan emosi. Secara kaasarnya sifat ini lebih tenang, tidak mudah teruja dan mungkin kadang-kala dilihat blur.





Ciri-ciri Peaceful Phlegmatic


Tenang


Ciri ini agak dominant bagi Peaceful Phlegmatic. Tak kira apa pun yang berlaku baik ribut mahu pun taufan. Peaceful Phlegmatic akan tetap tenang. Tatkala Powerful Choleric sudah mengamuk, Popular Sanguine sudah membebel dan Perfect Melancholic sudah merajuk membawa diri, Peaceful Phlegmatic masih seperti biasa. Peaceful Phlegmatic tidak pernah terpengaruh dengan keadaan di sekeliling. Saya masih ingat lagi semasa di sekolah dulu, kami menghadiri satu kem motivasi. Ada satu slot yang agak sedih penceramah bercerita tentang pengorbanan ibubapa kepada anak-anak. Hampir semua peserta kem menangis kesedihan kecuali sorang kawan saya...soerang Peaceful Phlegmatic. Dia tunduk dan matanya terkebil-kebil. Apabila slot itu berakhir, kami pergi minum. Saya minta dia respon tentang slot tadi. Jawabnya ”Pelik, ini kem motivasi ke
kem apa? Apesal bukak cerita sedih pulak?”

Sabar

Satu lagi pujian kepada Peaceful Phlegmatic. Orang jenis ini sangat banyak bersabar dalam setiap tindakan atau perancangannya. Peaceful Phlegmatic diciptakan oleh Allah sebagai jenis orang yang banyak bersabar kerana mereka tak berminat nak cari gaduh dengan orang lain. Tak kira la sekecil mana pun perkara tu. Pasti akan dielakan dari berlaku. Biasanya kalau ada perselisihan, dia akan mengalah. Peaceful Phlegmatik tak pernah hirau jika orang lihat dia sebagai ”tidak mempunyai kredibiliti”, yang penting segalanya tenang dan damai.

Pendengar Yang Baik



Peaceful Phlegmatic sangat sesuai dijadikan kawan atau tempat meluah perasaan. Nak tau kenapa?? Biasanya Peaceful Phlegmatic adalah seorang pendengar yang baik. Tambahan pula, Peaceful Phlegmatic jenis yang tak banyak cakap. Memang la sesuai nak dijadikan tempat untuk berkongsi masalah. Cuba bayangkan kalau anda berkongsi masalah dengan Perfect Melancholic. Baru cerita sikit, yang bercertia dah menangis, yang dengar cerita dah teresak-esak. Kalau cerita dengan Powerful Choleric pulak...dia respon macam ni ” eleh, baru macam tu dah gelabah siap nangis macam budak-budak. Aku dulu lagi la...”. (Rasa nak tumbuk je orang macam ni) Kalau bercerita dengan Popular Sanguine lagi huru hara. Baru nak start cerita, dia dah bukak cerita dia. Pastu bila dah dua-dua bercakap, tak de yang nak dengar. Masalah tak selesai...bersembang benda lain pulak! Maka Peaceful Phlegmatic adalah pilihan terbaik untuk berkongsi masalah.

Kosong

Ciri tenang dan damai yang dominant dalam diri Peaceful Phlegmatic seperti yang saya terangkan pada awal post tadi kadang-kala (baca: biasanya) membuatkan mereka ini seolah-olah tidak mempunyai citra yang berbeza atau keunikan yang tersendiri. Mungkin perkataan ini kurang halus tapi saya tak jumpa perkataan lain untuk Peaceful Phlegmatic. Tidak ada matlamat. (Sorry ye...nanti kalau ada yang lebih sesuai saya akan ganti). Kalau pun Peaceful Phlegmatic dah tetapkan satu matlamat, Peaceful Phlegmatic tetap akan mendahulukan orang lain, sebagai contoh nak gi joging kat kompleks sukan tiap-tiap pagi. Tiba-tiba roommate ajak sarapan kat ”Uncle Bob”. Setiap pagi macam tu. Dia akan menurut kemahuan roommate tersebut sebab takut roommate kecik hati. Maka ke mana pergi matlamat nak berjoging setiap pagi?? Mungkin sedikit tips buat Peaceful Phlegmatic adalah lepas ni belajar katakan ”tidak”.



Sukar Membuat Keputusan

Saya pernah pergi ke kedai makan dengan seorang kawan yang Peaceful Phlegmatic. Saya rasa kesian pulak kat kakak yang ambik order tu. Kakak tu tanya ”Minum?”. Soalan macam tu pun susah nak jawab. Letih kakak tu berdiri sambil pegang pen. Hembus je la apa-apa yang terlintas.


Malas


Memandangkan Peaceful Phlegmatic ni seorang yang tenang dan tenteram. Perkara ini jika dilayan sangat akan membawa kesan negatif. Anda akan kelihatan malas. Ye la, kalau dah seluruh negara bising pasal judi ”berlesen”. Anda tak de respon. Kononnya nak jaga hati orang yang memberi lesen. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Ceh boleh blah la. Alamak ter”emo” pulak. K la dari saya terus mengarut. Ada baiknya kalau post ni cukup sampai sini dulu.

Maka dengan ini selesai lah kesemua 4 sifat manusia yang ada dalam buku Personality Plus. Perfect Melancholic, Popular Sanguine, Powerful Choleric dan juga Peaceful Phlegmatic.

Personality Overview                                                            

Ulasan