Balik dulu ye Kak Sal! Kalo datang KL singgah la rumah.
Insya-Allah, tapi tak tau la bila Kak Sal pegi KL…ramai sangat tentera yang nak kena bawak.
Hahaha…betul jugak tu. Tapi yang paling penting nanti kalo dapat kad jemputan makan nasi minyak mesti datang tu!
Oh, yang tu mesti…Kak Sal usahakan. Wah, macam dah ada calon je ni? Orang mana?
Hmm…ramai sangat calon sampai tak tau mana satu yang terpilih.
Kami minta diri dan saya pergi menghantar ikhwah tersebut ke stesen bas. Saya yang dari tadi berdiri di sebelah ikhwah tu tersenyum hanya tersenyum (huh, ingat aku tak tau status dia ni). Tapi malas nak pecah lubang mengkhabarkan bahawa kawan saya ni bujang dan belum berpunya tapi not-available (complicated kan??) . Kisah calon pilihan ikhwah yang datang menziarahi mak saudara saya ni saya sangka habis di situ. Ternyata sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya ada soalan susulan yang diajukan kepada saya. Ye la tuan punya badan dah balik KL, saya yang masih di New Castle ni la jadi kaunter pertanyaan.
Angah kenal ke siapa kawan perempuan Alfaraby tu?
Tanya mak saudara saya yang saya panggil “Cek Ngoh” sambil memandu Produa Kelisa hitamnya di Bandaraya Islam New Castle. Saya ketawa kecil untuk memberi kesempatan kepada otak saya berfikir akan jawapan terbaik untuk soalan tersebut.
Bakpo pulok?
Tanya Cek Ngoh kehairanan melihat saya ketawa sampai terkeluar loghat Kelantannya.
Ni mesti pasal jemputan Alfaraby tu kan? Gina sebenrnya Cek Ngoh, Alfaraby tu setakat yang angah kenal belum ada calon untuk dijadikan isteri lagi.
Saya menjawab ringkas.
Ado saing-saing hok tino Alfaraby hok Angah kenal ?
Err…tak de Cek Ngoh.
Guno nok nikoh kalu tok saing denge ore…
Cek Ngoh bertambah hairan. Saya tahu…mesti Cek Ngoh pelik punya. Ye la, sebab kalau remaja seusia kami telah ramai yang mempunyai pilihan hati. Tapi anak saudara yang sorang ni tak de pun nampak simpan gambar ke, berbual dengan handphone Nokia 6230 ke tapi tiba tiba mintak izin untuk menikah dari orang tua. Memang la agak membingungkan. Pada awalnya pun saya agak tidak yakin sedikit. Akan tetapi setelah bertanya sedikit sebanyak kepada beberapa orang “pakar”, saya mula faham akan proses dan prosedurnya. Apa yang saya faham?? Err…soalan tu akan saya jawab kemudian. Sekarang saya nak menyorot perhatian kepada “saing-saing” atau “gawe” atau orang panggil bercouple.
Saya yakin dan pasti bahawa telah ramai yang menulis akan hal seumpama ini atau yang jauh lebih direct bahasanya mengatakan bahawa “haram bercouple”. Itu semua boleh baca kat ms.shvoong, halaqah-online, psipum, iluvislam dan jugak kat berita-harian-online. Posting kali ini cuma saja saya ingin berkongsi sedikit dengan pembaca blog MeNtaDak ini tentang kenapa saya masih belum mempunyai seorang pilihan hati.
Sebelum tu ada baiknya kalau kita telusuri balik kisah perkahwinan antara Rasulullah S.A.W. dengan Khadijah. Saya rasa tak jadi masalah besar bagi orang Muslim untuk mengingat balik macam mana peristiwa tersebut berlaku. Ye la, sebab sejah dari sekolah rendah lagi dah diceritakan oleh ustazah atau ustaz masa subjek sirah nabawiyah. Betuk kan?? Tapi yang jadi masalah adalah bagi pembaca yang bukan Muslim (err…ada ka orang bukan Muslim yang baca blog ni??). Tak pe, abaikan sahaja persoalan tersebut. Kembali kepada persoalan utama. Masih ingat akan peristiwa perkahwinan Rasulullah dengan Khadijah?
Meh sini saya segarkan kembali ingatan bagi yang dah kabur-kabur daya ingatan terhadap peristiwa tersebut. Khadijah mula mengenali pemuda yang bernama Muhammad dari buah mulut orang sebagai seorang pemuda yang jujur dan adil. Jadi sebagai seorang peniaga, terdetik di hati dia untuk mengupah Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya di Syam. Akan tetapi sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak, Khadijah tidak membiarkan Muhammad pergi bersendirian, akan tetapi diutuskan bersama dengannya seorang pembantu yang bernama Maisarah. Semua tahu kan yang Nabi S.A.W. pulang dari menguruskan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang sangat banyak berkat keadilan dan kejujuran dalam berniaga. Jadi Nabi S.A.W menyerahkan keuntungan yang diperoleh kepada Khadijah. Tidak pernah terlintas lansung dalam fikiran baginda untuk memperistrikan Khadijah. Akan tetapi Atiqah (salah seorang saudara perempuan Abu Talib) yang menguruskan hal tersebut. Dua bulan selepas Nabi S.A.W pulang dari berniaga di Syam, perkahwinan antara baginda dan Khadijah bt Khuwailid berlansung.
O.K yang tu cerita pertama yang saya nak kongsi kan. Untuk bacaan yang lebih, mungkin boleh rujuk mana mana buku sirah yang ada atau Tanya encik Google…klik kat sini. Cuma yang saya nak bukak mata supaya boleh nampak dengan jelas adalah…Khadijah kenal Muhammad sebagai seorang penuda yang jujur dan amanah. Dia mengamanahkan Nabi s.a.w untuk menguruskan perniagaannya di Syam. 2 bulan selepas Nabi s.a.w pulang dari Syam mereka menikah. Tak de pun kisah Nabi s.a.w bercinta dengan Khadijah sebelum mereka menikah. Tak tercatat langsung dalam tinta sejarah yang Nabi dan Khadijah ada pi makan sama-sama atau pun Nabi bawak Khadijah jalan-jalan dengan unta kat kawasan Kota Mekah. Bagi yang nak baca lebih banyak, boleh tengok kat sini.
Semua kisah tersebut hanya berlaku selepas Nabi Muhammad s.a.w menikahi Khadijah. Perkara yang sama jugak berlaku kepada Fatimah anak kandung Nabi s.a.w hasil perkahwinan dengan Khadijah. Fatimah tidak pernah bercinta dengan Ali.Malah kisah pernikahan Ali dengan Fatimah juga menarik untuk kita baca.
Pernah ada satu soalan yang saya malas nak jawab dengan lisan. “Tak salah kan cari sorang dulu untuk kenal baik buruk dia”. Jawapan yang saya beri hanyalah senyuman. Tak lebih dari itu. Saya yakin kalau saya jawab pun, jawapan yang saya berikan tidak akan memuaskan hati dia…dan mungkin ramai orang. Kalo tak kenal macam mana nak nikah??Ingat nikah ni boleh buat main main ke? Persoalan lain yang akan timbul. Saya setuju part “nikah bukan perkara main-main”. Jadi sebab tu la saya tak bercouple. Haha mesti bertambah pening kan?? Meh sini saya jawab persoalan tu dengan persoalan. Bagi yang perempuan, adakah anda percaya dengan lelaki yang kononnya setia? Kalau la ditakdirkan satu hari anda ditimpa kemalangan dan lumpuh seluruh anggota badan dan tak mampu bergerak. Adakah dia masih nak menikahi anda?? Sama jugak dengan lelaki…sekiranya pasangan anda yang anggun dan comel tu ditakdirkan jadi bisu. Adakah anda masih ingin menikahinya?
Kalau ada bagus la, saya doakan agar anda dan pasangan anda tersebut berbahagia hingga ke syurga. Cuma saya nak bagi tau satu hadith nabi s.a.w. riwayat Bukhari dan Muslim.
Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.
Maka, saya teringin sangat untuk tergolong dalam golongan orang yang beroleh keuntungan. Biarlah kelengkapan rumah saya dengan isteri saya seperti rumahtangga Ali dan Fatimah. Tapi mereka bahagia Allah melimpahkan keberkatan ke atas keluarga mereka. Hingga Ali tergolong antara 10 orang yang dijanjikan syurga. Fatimah pula adalah salah seorang daripada 4 wanita yang mulia sepanjang zaman. Persoalan lain pulak keluar. Macam mana nak tau wanita tu mempunyai fahaman agama yang baik? Jawapannya saya sendiri kurang pasti. Mungkin nanti bila saya sudah siap untuk menikah. Saya akan ajukan kepada orang yang lebih arif dalam bab ini untuk mencarikan seorang wanita untuk dijadiakn teman hidup saya.
No couple until akad !
Ulasan
alfaraby??cek ngoh??
malas la nak baca..
ada kelas nih..
nnti share tau??
haha
tapi
x faham la ngah
nak gi rumah ayah cik...berapa lama duduk sana?angah cadang nak gi rumah ayah cik hari rabu
get facebook likes
http://www.gameculture.com/2011/03/02/red-bull-augmented-racing http://home.fueltracker.com/content/gas-prices-reach-25-month-high-southern-california
buy facebook likes facebook likes get facebook likes
I have one of those fake security center viruses, it's blocking me from getting on the internet and it's blocking mcafee. Can someone please tell me if there's any way of removing it manually or at least un blocking the Internet? Please!!!!
facebook likes buy facebook likes [url=http://1000fbfans.info]facebook likes [/url] buy facebook likes