Phone saya berbunyi...menandakan ada sms diterima. Lantas tangan saya mencapai phnoe Nokia 6230 hadiah dari ayah dan membaca sms yang diterima.
Saya tersenyum selepas membaca sms yang dikirimkan oleh seorang ikhwah ni. Sejak Azlan menjalani PLKN, saya jarang menerima SMS darinya.
Dengan ringkas saya cuba mencari punca Azlan bertanya.
Saya berfikir sejenak dan jari saya terus menekan-nekan phone yang saya beri nama Mentadak tu.
Saya mula rasa bersalah, tak tahu pulak dia tak menderma darah...err, otak saya mula mencari ayat yang sesuai untuk memulihkan suasana.
Kami terus ber”sms” dari satu topik ke topik yang lain. Jadi cukup la sampai situ sahaja saya quote sms antara saya dengan Azlan. Saya jadi teringat kepada perkara ini apabila saya pergi menderma darah di Dewan Resital, UMS.
Jom Buat Baik
Mesti anda pernah belajar dalam kelas pendidikan Islam atau pendidikan moral di sekolah dulu tentang akhlak atau nilal murni. Salah satu dari pada akhlak yang baik adalah dengan membantu orang yang susah. Contoh biasa yang ada dalam buku, jika ada orang tua ingin melintas jalan...adalah baik jika kita pergi memimpin dia untuk sampai ke seberang jalan dengan selamat. Contoh yang agak moden, jika anda menaiki LRT atau kenderaan awam (terpaksa letak ni sebab di Sabah belum ada LRT)...ada orang perempuan mengandung berdiri di sebelah tempat duduk anda, adalah lebih baik jika anda berdiri dan berikan tempat duduk tersebut kepada bakal ibu yang berdiri tadi.
Derma darah pun satu kebaikan yang jarang kita ambil peduli. Darah yang kita derma kan tersebut akan digunakan untuk pesakit yang terlibat dengan kemalangan dan hilang banyak darah. Atau mungkin juga akan digunakan sekiranya doktor di hospital buat pembedahan dan banyak berlaku pendarahan...atau banyak lagi kemungkinan lain yang saya kurang tahu...(maklum la saya pelajar bidang pendidikan dengan sains, kalau cerita lebih-lebih pun bukan ada yang percaya sangat). Dalam erti kata lain, darah yang kita dermakan tu akan digunakan untuk orang yang sangat kritikal dalam meneruskan hidup.
Pernah terfikir kenapa kerajaan buat kempen berbudi bahasa?? Salah satu dari jawapan nya adalah sebab pihak kerajaan telah melihat akan kurangnya budi bahasa di kalangan rakyat, kuhsusnya golongan muda...Sekarang saya tukar persoalan tersebut, pernah terfikir kenapa pihak hospital membuat kempen menderma darah??Jika tabung darah di negara ini mempunyai simpanan darah yang cukup untuk digunakan oleh pesakit...mesti kita tak pernah dengar tentang “Kempen Derma Darah”. Dalam erti kata lain, tabung darah di hospital-hospital mempunyai simpanan darah yang tidak mencukupi untuk digunakan.
Kebaikan Derma Darah
Yang ni saya tak tahu…tapi bila saya tanya Encik Google, dia kata macam ni
Kalau tak faham, mungkin anda juga boleh bertanya dengan Encik Google hehe
Apa Yang Kita Dapat
Hmm..biasanya pihak hospital akan bagi sebotol air mineral, sebotol air kotak (biasanya MILO), dan juga biskut atau roti. Kalau tengok buku rekod derma darah yang warna merah tu. Sesiapa yang menderma sebanyak 1 kali akan mendapat rawatan pesakit luar percuma...nilai ganjara yang diterima akan bertambah jika lebih kerap menderma...kalau saya tak silap, penderma yang menderma lebih 50 kali, akan dapat rawatan kelas pertama secara percuma selama 10 tahun...pergh! satu pelaburan yang berbaloi hahaha...lupakan semua tu!
Pernah dengan kisah Perang Badar??Sebalum berlaku perang, para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, apakah ganjaran yang kami akan peroleh?”. Rasulullah menjawab “ Untuk kamu syurga”. Ada seorang sahabat yang sedang menyakan sebutir kurma ke mulut dengan niat memakannya, akan tetapi selepas mendengar kata-kata rasulullah tersebut dia membatalkan niat untuk memakan kurma. Dia berkata, jika dia memakan kurma tersebut, dia akan hidup lebih lama… Janji tersebut membuatkan para sahabat bersemangat untuk berperang dan memperoleh syurga. Natijah dari peperang tersebut, tentera Islam yang berjumlah 313 orang telah menang.
Saya pernah dengar satu hadith…tapi tak tau siapa yang meriwayatkan. Hadith tu lebih kurang macam ni “Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan”. Lagi satu hadith yang saya nak bagi tau adalah riwayat Bukhari dan Muslim…”Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat”.
Salam akh tanya sikit, antara membuat kebaikan dengan menjaga aurat mana lagi utama? -Sender Azlan
Saya tersenyum selepas membaca sms yang dikirimkan oleh seorang ikhwah ni. Sejak Azlan menjalani PLKN, saya jarang menerima SMS darinya.
Err…kena ikut keadaan jugak tu akh, cuba bagi tau ana situasi macam mana?
Dengan ringkas saya cuba mencari punca Azlan bertanya.
Gini…antara derma darah dengan menjaga aurat, mana satu yang patut kita utamakan?Kem tempat ana PLKN ni buat kempen derma darah.Sebab tu ana mau tau.
Saya berfikir sejenak dan jari saya terus menekan-nekan phone yang saya beri nama Mentadak tu.
Owh...gitu, sebenarnya dua-dua pun penting, tapi adalah lebih baik sekiranya pihak PLKN ada sediakan bilik yang berasingan untuk pelatih wanita menderma darah.
Tu la masalah nya ni akh.tiada pun bilik asing untuk pelatih wanita. Jadi macam mana tu akh.boleh ka diorang derma darah?
Kalau mau jawab pasal hukum asif jiddan la akh, ana kurang mahir sebab ambil pendidikan dengan sains di UMS ni bukan nya ambil Syariah ka Usul Fiqh ka! tapi perbuatan pelatih wanita yang derma darah tu patut dipuji sebab sanggup dan berani untuk derma darah. Orang lelaki pun belum tahu lagi berani ka tidak mau mendarma darah.
Huish...macam sindir ana jak ni!tau-tau jak ana x menderma!
Saya mula rasa bersalah, tak tahu pulak dia tak menderma darah...err, otak saya mula mencari ayat yang sesuai untuk memulihkan suasana.
Hehe ana cuma nak bagi tau yang menderma darah tu bagus...
Kami terus ber”sms” dari satu topik ke topik yang lain. Jadi cukup la sampai situ sahaja saya quote sms antara saya dengan Azlan. Saya jadi teringat kepada perkara ini apabila saya pergi menderma darah di Dewan Resital, UMS.
Jom Buat Baik
Mesti anda pernah belajar dalam kelas pendidikan Islam atau pendidikan moral di sekolah dulu tentang akhlak atau nilal murni. Salah satu dari pada akhlak yang baik adalah dengan membantu orang yang susah. Contoh biasa yang ada dalam buku, jika ada orang tua ingin melintas jalan...adalah baik jika kita pergi memimpin dia untuk sampai ke seberang jalan dengan selamat. Contoh yang agak moden, jika anda menaiki LRT atau kenderaan awam (terpaksa letak ni sebab di Sabah belum ada LRT)...ada orang perempuan mengandung berdiri di sebelah tempat duduk anda, adalah lebih baik jika anda berdiri dan berikan tempat duduk tersebut kepada bakal ibu yang berdiri tadi.
Derma darah pun satu kebaikan yang jarang kita ambil peduli. Darah yang kita derma kan tersebut akan digunakan untuk pesakit yang terlibat dengan kemalangan dan hilang banyak darah. Atau mungkin juga akan digunakan sekiranya doktor di hospital buat pembedahan dan banyak berlaku pendarahan...atau banyak lagi kemungkinan lain yang saya kurang tahu...(maklum la saya pelajar bidang pendidikan dengan sains, kalau cerita lebih-lebih pun bukan ada yang percaya sangat). Dalam erti kata lain, darah yang kita dermakan tu akan digunakan untuk orang yang sangat kritikal dalam meneruskan hidup.
Pernah terfikir kenapa kerajaan buat kempen berbudi bahasa?? Salah satu dari jawapan nya adalah sebab pihak kerajaan telah melihat akan kurangnya budi bahasa di kalangan rakyat, kuhsusnya golongan muda...Sekarang saya tukar persoalan tersebut, pernah terfikir kenapa pihak hospital membuat kempen menderma darah??Jika tabung darah di negara ini mempunyai simpanan darah yang cukup untuk digunakan oleh pesakit...mesti kita tak pernah dengar tentang “Kempen Derma Darah”. Dalam erti kata lain, tabung darah di hospital-hospital mempunyai simpanan darah yang tidak mencukupi untuk digunakan.
Kebaikan Derma Darah
Yang ni saya tak tahu…tapi bila saya tanya Encik Google, dia kata macam ni
Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.
Kalau tak faham, mungkin anda juga boleh bertanya dengan Encik Google hehe
Apa Yang Kita Dapat
Hmm..biasanya pihak hospital akan bagi sebotol air mineral, sebotol air kotak (biasanya MILO), dan juga biskut atau roti. Kalau tengok buku rekod derma darah yang warna merah tu. Sesiapa yang menderma sebanyak 1 kali akan mendapat rawatan pesakit luar percuma...nilai ganjara yang diterima akan bertambah jika lebih kerap menderma...kalau saya tak silap, penderma yang menderma lebih 50 kali, akan dapat rawatan kelas pertama secara percuma selama 10 tahun...pergh! satu pelaburan yang berbaloi hahaha...lupakan semua tu!
Pernah dengan kisah Perang Badar??Sebalum berlaku perang, para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, apakah ganjaran yang kami akan peroleh?”. Rasulullah menjawab “ Untuk kamu syurga”. Ada seorang sahabat yang sedang menyakan sebutir kurma ke mulut dengan niat memakannya, akan tetapi selepas mendengar kata-kata rasulullah tersebut dia membatalkan niat untuk memakan kurma. Dia berkata, jika dia memakan kurma tersebut, dia akan hidup lebih lama… Janji tersebut membuatkan para sahabat bersemangat untuk berperang dan memperoleh syurga. Natijah dari peperang tersebut, tentera Islam yang berjumlah 313 orang telah menang.
Saya pernah dengar satu hadith…tapi tak tau siapa yang meriwayatkan. Hadith tu lebih kurang macam ni “Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan”. Lagi satu hadith yang saya nak bagi tau adalah riwayat Bukhari dan Muslim…”Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat”.
Ulasan
sekadar berkongsi~
ana penah derma darah sekali je masa matrix dulu. [rindu knangan ditarbiyah di sini]
masa tu, sangat excited sbb ana dah buat 2 kali trial before tu untuk derma, tapi tak dapat atas sebab2 tertentu.
untuk kali ketiga,kira lepas walaupun berat cukup2 je. ditakdirkan Allah, belakang ana ada dua orang lelaki. selang diorang, baru ada perempuan.
ana risau, mcm mana lah nanti. Dr mesti nak tengok blood pressure n ambik blood sample.
so bila turn ana, ana kata kat Dr tu (Dr perempuan), boleh x ana x nak buka handsock.
she said,"no,kejap je dik"
alangkah kecewanya diri ini. masa tu Allah je tahu perasaannya bila lengan terbuka. dalam hati doa2 semoga bdak laki ini x pandang!
pengajaran yang ana dapat:
1.patutnya ana berfikir dgn cepat dan pantas dan tidak ambil risiko atas perkara yg melibbatkan maruah dan aurat seorg akhwat. maksudnya, kan bagus kalau ana bagi laluan je 2 org laki tu buat dulu.
2.jangan terburu2 wpun nak buat benda baik
3.selaku Dr in the making, insyaAllah, bercita2 mahu join venture dgn akhwat wal ikhwah medic lain utk buat hospital tarbiyah. huhu. mungkin proses agak sukar skrg dgn apa yg terjadi skrg,but.. i do believe, it is not impossible! so that the religious ethics will be imposed in medical practice.
oh,maaf panjang pula.
jzk