say "NO" to couple

Febuari menjelma lagi, Febuari tahun ni tak banyak beza dengan tahun-tahun yang lepas. Kalau pegi jalan jalan di bandar KK, kebanyakan kedai akan mempromosikan perayaan tahun baru cina yang bakal tiba...tidak ketinggalan juga beberapa kedai yang rancak mempromosikan hari memperingati kekasih. huh, berbulu mata aku bila terpandang iklan yang seumpama ini.

Seingat aku, kali pertama aku tahu tentang wujudnya hari memperingati kekasih ni masa aku belaja dekat Mersing, masa tu ada dua, tiga orang kawan aku dok cerita tentang sebab-sebab orang Islam tak leh sambut Hari Valentine ni. err,,,aku hanya mendengar sebab tak faham sangat apa yang sedang dikatakan pada ketika itu.

bila dah duduk kat universiti, fenomena bercouple aku tengok semakin menjadi-jadi, bila tiba bulan Febuari, ramai yang bertukar-tukar hadian bersama "pasangan" mereka. hmm...diorang ni tak tau ke "VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada dia Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga korang Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

atau hasil bacaan aku tak betul??

tapi orang kalau dah bercinta, cakap apa pun dia tak nak denga. yang dia tahu cuma dia dan pasangan dia jak. Korang keluarkanla dalil apa pun, mesti dia pertikaikan, kalau tak pun bagi alasan yang bukan-bukan.

contoh alasan yang biasa;
  • couple saya ni jadi penaik semangat untuk saya study
  • kami tak buat salah pun, cuma sms je...tak jumpa pun
  • kitorang kalo jumpa pun kat rumah parent dia, memang parent dia bagi kebenaran
  • apesal ko sibuk sangat nak tau?kubur masing-masing


Memang tak dinafikan bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan fitrah ingin disayangi dan menyangi, tapi walauapapun alasannya, bercouple dengan tidak ada ikatan yang sah tetap sahaja melanggar syariat Islam. Ayat 23 dari surah al-Isra' telah menerangkan perkara ni

"dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk"


bersambung...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam betul tu...(ghazul fikr) terhadap umat Islam!
Walid Hafizul berkata…
sebab tu orang Islam kena berhati-hati dalam setiap tindakan, supaya tak terjerat dengan ghazul fikr ni...
berdoalah kpd Allah agar kita diberi kekuatan
Tanpa Nama berkata…
amin...
"Dan infakanlah(hartamu) di jalan Allah,dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan kamu sendiri,dan berbuat baiklah. Sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"(2:195)
~sekadar perkongsian~
Walid Hafizul berkata…
Jazakallah atas perkongsian!
semoga bermanfaat buat umat