Lelaki dan Wanita

Sedutan beberapa point dari Forum Rahsia Mencari Pasangan antara Dr.Fadhilah dengan Kak Tah

Point yang Dr. Fadhilah bagi...

Pandangan mata

Lelaki :60 °
Perempuan :120 °
Maka bila orang perempuan jeling sikit boleh nampak belakang

Cara berfikir

Perempuan : boleh baca hati budi org dengan sekali tengok sebab berfikir dengan perasaan
Lelaki : berfikir guna rasional dan logik

Buat penilaian

Lelaki : tak leh dikritik secara direct, simple minded
Perempuan :lebih detail dan kompleks

Bercakap

Lelaki : banyak berfikir, kurang bercakap (cakap rumusan dari yang dia dah fikirkan)
Perempuan : kalo jumpa mesti bercerita
Perempuan cakap banyak sebab nak pamirkan sayang dan caring tapi lelaki tak cakap banyak sebab tak nak bantuan. Lelaki anggap mintak bantuan orang tu mencabar kewibawaan. Tapi kalo orang lelaki dah bercerita tentang masalah, tu tanda dia nak mintak bantuan


Yang ni pulak point yang Kak Tah bagi

Wanita suka berhias, sangat halus

orang perempuan akan ingat benda yang kecik-kecik macam hadiah atau kenangan
Sbb perlu ingat keperluan kat rumah...contoh gula, bawang kat dapur masih ada ke atau dah habis. Orang perempuan jugak perlu tau benda yang kacik sebab tugas dia menjaga anak, nanti orang perempuan akan senang detect kalo anak tu ada kurap ke ada duit belanja lebih ke

Lelaki...rasional

Contoh masa suami siap-siap nak gi kerja...isteri tanya “nak pegi kerja ke bang?”. Suami jawab “tak, I nak pegi pecah rumah orang”. Tak kan la isteri tu tak nampak dia tengah buat apa...sebab tu la dia jawab macam tu. Tapi isteri tanya bukan tak nampak, dia tanya sebab nak tunjuk caring kat suami

Prihatin kepada orang lain

Kalo student perempuan nak gi makan kat luar kampus, lepas dia balik tu mesti dia kira berapa hutang...contoh tambang teksi RM10 jadi sorang bayar RM2.5, dah tu makan Kentucky RM20 maka seorang bayar RM5.
Cuba tengok kalo orang lelaki yang kuar gi makan, bila sorang dah bayar tambang teksi, yang lain buat tak tau je macam tak ingat pulak teksi tu kena bayar..bila sorang dah bayar makan Kentucky yang lain buat sardin je.

Tak boleh dikritik

Bila suami jalan dengan isteri, suami tegur “hiush, cantiknya perempuan tu”. Isteri mesti terasa dan cakap “habis tu I ni tak cantik la?”
Perempuan akan cenderung untuk ambil personally teguran. Bukan nak krituk pun sebebarnya.

Boleh cakap banyak

Cuba tengok, kalo ada 4 orang perempuan jumpa, jumpa sume becakap. Kadang tu kita tak tau siapa yang dengar. Kalo 2 orang cakap talifon, dua-dua bercakap. Rupa-rupanya dia mendengar sambil bercakap. Tak macam orang lelaki. Kalo orang lelaki nak mendengar, dia mesti diam tak bercakap. Sorag bercakap, sorang lagi dengar.
Masalah timbul bila lelaki bercakap dengan perempuan...
Bila lelaki becakap, orang perempuan pun bercakap. Lalu dimarah la orang tu “You boleh diam kejap tak ni I nak bercakap”. “I nak denga la ni sebab tu I kena bercakap”
Tapi bila perempuan pulak bercakap...”Abang, you dengar ke I cakap ni?”. Si suami menjawab “Ye la I dengar ni sebab tu I diam”.

bagi yang berminat nak dengar froum tu boleh check kat sini atau nak dengar kat Youtube

kat sini boleh dengar gak




Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hye...
awk bdk mersing ke?
sape nie ye?
n thanx put my link here...
glad 2 put ur link on mine 2...
juz nak tau sape nie...hehehe
CyberTaz berkata…
Tuan empunya segan nak jawab, meh saya jawab. dia cikgu dari SIPITANG ba.
mus berkata…
Thanks for sharing...ada betulnya apa yang enta tulis dan forum tu bincang...selalu kita ter lepas pandang hal-hal macam nie sehingga menyebabkan keretakan hubungan (kekeluargaan)...sepatut nya kita patut cuba untuk memahami perangai ahli keluarga kita...

Barulah keluarga harmoni dapat diwujudkankan...Islam itu syumul maka masuklah kedalam Islam secara 'kaa'fa'...
Walid Hafizul berkata…
dear Kema...I'm Hafizul zuhal 5 MRSM Mersing

cikgu dari Sipitang...kira gitu la