Mungkin ramai yang dah biasa dengar istilah "baju adik" ni. Aku mula mendengar istilah ni sejak sekolah menengah lagi. Masa tu ada program dekat Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian, Johor. Hmm..nak bagi tau segan tapi tulis jugak la, tu sebenarnya perkemahan untuk pelajar bermasalah. Secara lebih specific lagi, masalah disiplin. hehe tu cerita dulu, masa masih budak budak lagi. Kurang pasti pulak tingkatan berapa...?? Mungkin dalam tingkatan 2 atau 3 kot (sebab masa form 1 masih baik dan "noot" je). Lepas je sampai dekat kawasan perkemahan tu, kem kom bagi taklimat. Antara isinya adalah pengunguman khas untuk budak perempuan...
"jangan pakai baju adik masa buat aktiviti!"
hmm...jadi kami pun tercengang kejap...Baju adik?? kem kom tu dengan sempoi dan senyum sinis cakap "baju yang ketat sampai nampak bentuk badan"
Owh, baju adik! baru la aku faham...
masa tu awal tahun 2000, trend pakai baju adaik hanya dikalangan orang perempuan, tapi sekarang cuba perhatikan kat sekeliling kita. Lelaki pun dah ramai yang pakai baju macam ni.
kalau tak percaya cuba tengok course mate masing- masing masa keluar gi bandar. Mesti ada yang pakai baju yang agak sempit. Aku tengok macam tak leh nak bernafas pulak orang tu. Kengkadang tu terpikir gak, selesa ke kalo pakai baju macam tu?? lain je aku tengok...kalo aku mesti tak selesa tahap dewa. Tau macam mana aku tahu??aku pun ada satu baju yang agak sempit.
haha baju tu pakai dalam bilik je. kalo ikut malas nak pakai, tapi orang bagi hadiah dari jauh...pakai je la.
cuma masalah nya baju adik ni sakit mata bila pemakainya duduk. Tak kira la duduk atas kerusi, duduk atas lantai atau duduk bercangkung. Maka akan terzahir lah bahagian yang tak sepatutnya berada di sebelah dalam. Mungkin sengaja kot nak tunjuk seluar dalam yang berjenama tu. kalo tak macam rugi pulak beli kalo orang tak tau jenama apa hmm...mungkin macam tu la.
Seluar yang sepatutnya pakai sebelah dalam ni pun ada beberapa trend yang pelik pada pandangan aku. Seluar dalam, pakai la kat dalam, jangan bagi orang nampak. Malu beb! Teringat lagi masa aku asrama dulu, nak cuci baju mesti sorok sp*nd** kat dalam baldi. Pastu tunggu line clear baru boleh cuci. Jemur pun macam tu gak, mesti tunggu line clear. Bila dah kering, yang tu kena lipat dulu, terus simpan (baca: sorok) dalam laci.
Tapi sekarang ni aku hairan betul, pakai seluar dalam tapi tak jugak berada kat sebelah dalam, manpak jugak kat luar. Diorang tu tak malu ke??
Lebih parah lagi, trend pakai boxer. Pernah gak aku jumpa orang dengan selambe nya main bola pakai boxer...dah la tak pakai baju. Aku yang malu sendiri tengok dia macam tu. Pelik kan??mungkin kalo main macam tu boleh tambah skill kot...! Tapi tak jadi wakil kolej pun, wakil universiti apatah lagi!!.
Ulasan
ibnubakri.blogspot.com