Janganlah hipokrit…
semua lelaki perlukan perempuan. Tanpa perempuan di hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga sehinggakan Adam tetap rindukan Hawa?
Pada perempuanlah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan perempuan dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki, luruskanlah perempuan dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.
Akal perempuan setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah sebaliknya di situlah kasih sayang Allah.
Perempuan yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok.
Itulah akibat andai perempuan tidak kenal akan Tuhannya. Bila perempuan derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinannya. Pastikan sebelum memimpin perempuan menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu.

Ulasan