Cikgu yang pelik


Aku masih ingat lagi satu malam sorang pelajar datang bertanya satu soalan...

"cikgu, kenapa saya selalu nampak cikgu suka duduk sorang sorang?"

aku ketawa kecil mendengar soalan tersebut. Aku rasa ramai student aku dah perasan dengan semua "kelakuan pelik" aku sehari-hari. Dan yang paling aneh adalah aku kurang bergaul dengan cikgu-cikgu lain yang berjantina WANITA.

Aku yakin dan percaya, soalan tu diajukan sebab dia biasa nampak aku keseorangan semasa memantau aktiviti perkemahan di Pantai Sawanagan tempoh hari. Jadi aku menjawab, "masa camping tu saya kurang setuju dengan beberapa perkara yang dilakukan oleh orang-orang KBS".
Aku tengok muka pelajar tersebut -blur. Mungkin dia masih belum tahu tentang masalah ikhtilat antara lelaki dan perempuan, hiburan dalam Islam dan juga masalah yang lain.
Pada ketika lain pula aku sering dilihat membawa terjemahan Quran. Pernah satu ketika semasa habis mesyuarat guru-guru untuk kem kepimpinan pelajar, kaunselor sekolah datang kepada aku dan bertanya samada aku boleh jadi imam solat masa kem nanti ke tak...belum sempat bibir aku bersuara, ada guru yang sudah menjawab, "boleh tu!cikgu ni selalu bawak tafsir kat tangan pegi mana-mana".

Aku masih ingat semasa guru-guru dipanggil menari tarian tradisional Sabah semasa camping, aku la satu satunya cikgu yang tidak kelihatan di mata..haha berjaya menghilangkan diri. Aku lari pegi belakang pentas dan terus duduk kat satu pondok yang agak jauh dari situ. Aku sendiri pun terasa macam pelik gak perangai aku ni!!! Tak pe la yang penting aku dapat menjaga iman dengan baik.

Bila aku duduk sorang sorang, mesti aku teringat soalan pelajar tu...dan hari ini aku teringat satu hadith rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.”

Ya Allah mudah mudahan aku tergolong dalam kelompok orang orang asing beruntung tersebut.

Ulasan

faza4peace berkata…
salm akhi,,,

cerita la lagi pengalaman time ngajar...best ar...kongsi ar...huhu