Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah.
Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum
kopi di sebuah cafe.Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia
zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka
sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya
yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya
masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih
membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanit! ! a yang
cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inila! h wanita ideal untuk saya dan
sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa
berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus
sampai disitu.
Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita ,ramah dan
dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku
berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu,
ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.
Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan
pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung
perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui kalau dia dari
keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu
yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kam! ! i berpisah.
Saya terus mencari, namu! n selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan
pada wanita yan g saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan
wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik
hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada
orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan
untuk saya".
"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang
terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".
Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu
menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari
lelaki yang sempurna".
Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? ....
Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan
kita ,bel! ! um tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang
sekarang kita dapat, Kalau kita mau mencari yang! sempurna, check dulu diri
kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.
Sekadar renungan.........3.
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan d! ilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kal aulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada
hati suami isteri sama-sama mengerti! maksud tersemi takdir ilahi itulah
zikir yg hakiki. Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan
matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah
permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat
mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku,
patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya
kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman
Jala! ! nnya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci
kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta
dan kasih ist! eri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang
melahirka n..... "Soleh dan solehah".
KEREDHAAN ILAHI CITA-CITA DI HATI.
Ulasan