Quizizz Certified Game Changer

Memandangkan ramai dok ikut kelas & webinar masa Perintah kawalan pergerakan ni. Walid pun terjebak jugak. Memandangkan kerap sangat...hampir setiap kali kelas guna quizizz. Dan satu hari tu, ternampak certification quizizz dekat Twitter. Walid pun cuba la certification tu.

Kalau ikutkan, memang takde lah tau sangat pasal quizizz ni. Setakat buat soalan untuk menilai pemahaman pelajar je sebelum ni pun. Tapi sebab orang kata tak salah mencuba. Walid pun cuba lah.

Certification quizizz ni takde lah susah sangat sebenarnya. Cuma perlu jawab soalan berkaitan quizizz. Ada 4 stages. Setiap stage tu kena jawab dalam 10 soalan. Kena dapat at least 80%.

Tapi jangan risau, kalau markah tak sampai 80. Boleh amik balik test tu. Tapi basically. Kalau cikgu biasa guna quizizz dalam kelas. Biasa buat soalan, buat Quiz live atau assign as homework...insyaAllah boleh je dapat markah tinggi.

Ini e-mail yang team quizizz hantar lepas beberapa hari Walid buat certification tu

Pagi lepas baca e-mail tu, gembira bukan main. Terus Walid update status WhatsApp dengan Instagram. Hari tu jugak bertalu talu orang tanya Walid macam mana nak guna quizizz. Yang paling pertama, paling awal sekali isteri Walid hahahaha...terus Walid jadi mentor quizizz hari tu. Sekali belajar cara masukkan quizizz dalam Google Classroom supaya markah appear dalam Google Classroom.

Bagi yang berminat nak guna quizizz dengan pelajar boleh lah explore quizizz ni ya. Satu tools Yang manarik untuk gamifikasi dalam pendidikan.

Semoga banyak manfaat untuk dunia pendidikan

Ulasan