Menanda Kertas Jawapan Objektif Menggunakan Aplikasi ZipGrade

Menanda kertas jawapan objektif sangat mudah. Ada maktab guna kertas jawapan yang boleh masuk mesin untuk dapatkan ditanda. Tapi yang ni another level punya penandaan kertas jawapan pelajar, scan guna phone sendiri sahaja.

Walid try guna ni apps masa pindah satu maktab yang baru beroperasil. Maklum lah, belum buat pembelian apa-apa aset. Terpaksa berfikir untuk mudahkan kerja guru. Masa tu ada ujian diagnostik untuk pelajar tingkatan 1 dan 4.

Apps ZipGrade ini boleh guna secara percuma dengan 100 kali scan dalam sebulan. Berbaloi sangat sebagai pekej percubaan. Kalau dah scan 100 helai kertas, tunggu bulan depan pulak la nak scan lagi.

Tapi kalau versi berbayar, boleh scan sampai habis bateri phone. Takde had nak scan berapa banyak dalam sebulan. Hari-hari nak buat kuiz pun takde masalah. Dalam beberapa minit je siap menanda, dapat markah pelajar dan analisis index diskriminasi soalan.

Berminat untuk dapatkan apps ini, pengguna Android dapatkan di link ini. Manakala iOS pula dapatkan di link ini.

Sambil-sambil tunggu download tu, meh Walid tunjuk cara nak guna ZipGrade ni.

Seperti biasa, kita kena daftarkan dengan satu e-mail. Boleh guna e-mail peribadi boleh jugak guna e-mail sekolah. Tak semestinya e-mail yang ada .edu e-mail biasa pun boleh.

Kalau nak scan, kena lah guna kertas yang ZipGrade sediakan kat web dia. Boleh dapatkan mana-mana pilihan kertas jawapan ikut kesesuaian bilangan soalan kita. Boleh tengok kertas jawapan mana yang sesuai di sini.

Lepas pelajar dah selesai menjawab, maka bermulalah episod mengimbas kertas jawapan pelajar. Boleh check, dah siap download rasanya

Walid terangkan berdasarkan paparan dari phone anroid. Kalau guna iOS, reka letak akan sedikit berbeza. Tapi Walid yakin, cikgu-cikgu boleh jumpa kat mana nak cari

Terus ke Quizzes dan akan ada paparan seperti ini.

Nama Quiz, test semua tu yang Walid dah scan. Kalau baru install, takde lah semua tu.
Terus ke New Quiz

Quiz name dengan date tu boleh ubah ikut suka.

Step penting, pergi ke Select Sheet

Pilih ikut kertas jawapan yang kita beri kepada pelajar.
Kalau salah pilih, kat sini...jenuh lah nak scan, tak berjaya dapat markah.
Ingat ya. Mesti sama dengan kertas jawapan pelajar.
Lepas pilih kertas jawapan yang digunakan, pergi ke Quiz yang kita bagi nama tadi.

Bila dah macam ni. Pergi ke Edit Key.

boleh scan jawapan kalau cikgu dah hitamkan jawapan atas kertas jawapan. Kalau tak boleh masukkan jawapan satu-satu.

Balik ke page tadi, pergi ke Scan Papers.
Susun semua kertas jawapan pelajar. Pegang pen merah.

Pastikan kertas jawapan pelajar tu jelas dan semua empat penjuru dapat dilihat. Ejas sikit, jauh ke dekat ke...sampai lah keluar markah. Tulis la markah pelajar tu ikut yang keluar dari screen phone. 

Siap...boleh lah buat benda lain pulak.
Senang sikit kerja cikgu.
Selamat mencuba.

Ulasan